Friday, August 22, 2014

MITOS SECEKAK KERTAS TISU

Sinopsis

Wang bukan segala-galanya. Ketika wang mempunyai nilai yang tinggi, kita sangat bergembira untuk memiliki pelbagai barangan dan keperluan. Apabila nilai wang jatuh, manusia menjadi keluh kesah dan porak peranda. Lebih-lebih lagi apabila nilai wang jatuh yang menyebabkan harga barangan terlalu mahal. Wang yang banyak tidak mampu memiliki sejumlah barangan yang banyak dan tinggi nilainya. Manusia boleh hilang pegangan akibat mempunyai  masalah kewangan. Sejarah wang telah bermula sejak sekian lama. Terdapat banyak pendapat tentang asal usul wang. Daripada tamaddun awal manusia hinggalah  berlakunya revolusi perindustrian. Malah sebelum itu, matawang asalnya diperbuat daripada emas dan perak yang kemudiannya wujud dalam bentuk kertas yang diberi nilai. Manusia perlu sedar supaya mengelakkan diri daripada menjadi hamba kepada wang. Razeki kita bukan tertakluk kepada nilai wang semata-mata. Teguhkan iman dan yakinlah bahawa Allah yang memberi rezeki untuk kita.
                                                                                                                  (Terbitan Dewan Sastera 1998)

Cuba fahamkan tajuk cerpen. Maksud mitos itu satu kepercayaan yang dipercayai benar. Apa yang masyarakat percaya itu selalu dikaitkan dengan unsur luar biasa dan unsur suci. Namun dalam kes wang kertas secekak itu mungkin tiada yang jelas unsur sucinya. Tetapi ia memberi impak luarbiasa. Jika kita fahami naik dan turunnya nilai matawang dalam ekonomi kita akan cepat faham bagaimana masyarakat dunia termasuk negara kita bimbang bila nilai matawang jatuh. Wang yang banyak hanya boleh mendapat barang dan perkhidmatan yang sedikit bila nilainya jatuh. So matawang itu jadi satu dogma dan menakutkan ramai orang jika jatuh nilainya. Mereka takut tak cukup makan, pakaian dan tempat tinggal. Hal ini dikaitkan dengan beberapa ayat dalam cerpen yang menggambarkan secekak kertas tisu itu adalah wang yang sudah tiada nilai. Asalnya nilainya macam emas malah kadang lebih tinggi daripada itu. Bila sudah tiada nilai maka ia macam sehelai kertas tisu yang gunanya hanya untuk lap kekotoran. Seluruh cerpen ini berkait dengan kebimbangan masyarakat terhadap kejatuhnnya melalui penceritaan watak "dia". Lalu bagi yang beragama Islam sepatutnya percaya bahawa rezeki manusia bukan semestinya sumber wang. Ada lagi lain cara untuk dapat rezeki. Contoh bercucuk tanam, nelayan dan lain-lain kerana yang dikatakan rezeki itu ialah apa yang kita dapat makan dan masuk dalam mulut kita. Itu sebab dalam cerpen tersebut ada menyebut burung-burung masih bebas terbang mencari rezeki tanpa risau tentang kejatuhan "dia" secekak kertas yang jatuh nilai menjadi seperti tisu yang murah harganya.


Beberapa soalan di kalangan pelajar tentang maksud perkataan
1. "Dia" bermaksud kertas tisu yang seharga emas (matawang). Lihat hlm 137.
2. "Aku" mewakili diri sendiri selaku penduduk negara ini.
3. Ayah dan ibu bolah bermaksud pemimpin negara termasuk Perdana Menteri yang sering bercakap tentang isu-isu dan masalah negara.
4. "Mengetuk pintu rumahku?" hlm 131 bermaksud masalah telah datang ke negara kita.
5. "Ambulan" boleh bermaksud aktiviti menyelamat. Dalam konteks isu kejatuhan nilai matawang dan menyelamatkan ekonomi negara ialah langkah menambat nilai matawang kepada suatu nilai (contoh : RM3.80 untuk 1 dollar Amerika)


Senario isu kewangan semasa pada tahun 1998.

Malaysia pernah mengalami Krisis Kewangan pada akhir abad ke-20 iaitu pada tahun 1997 dan 1998. Krisis ini turut dialami beberapa negara serantau di Asia Tenggara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia. Kejatuhan nilai Baht di Thailand dikatakan sebagai pencetus utama kepada permasalahan ini. Masalah ini turut menghilangkan keyakinan para pelabur di beberapa negara Asia Tenggara seterusnya mengakibatkan pelabur-pelabur asing di negara-negara seperti Malaysia, Indonesia dan Filipina melarikan diri. Malaysia yang turut tidak ketinggalan merasai kesan kehilangan keyakinan para pelabur asing dapat menanganinya dengan pelbagai campur tangan kerajaan. Terdapat beberapa fakta menarik mengenai Malaysia semasa mengalami krisis kewangan ini.

Kesan daripada krisis ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang membabitkan negara Malaysia, maka Bank Negara telah melaksanakan satu dasar tambatan nilai matawang demi menyelamatkan negara kita daripada terus menghadapi kejatuhan nilai ringgit. Berikut adalah cerpen yang ditulis dalam tahun berkenaan (1998), dan perlu difahami berdasarkan senario krisis matawang tersebut.



Cuba fahami petikan di bawah:

         Kata ayah, dia itu adalah seberkas kertas tisu, asalnya pengelap keringat atau pencuci najis yang terletak di tandas, kemudian melayang-layang ke seluruh dunia dengan penghargaan dan penilaian yang luar biasa melebihi emas tulen, Angin perkembangan dunia menyebabkan dia itu berada di sini. Dia jatuh di sini.
             "Berapakah umur dia yang jatuh itu?
      Kata orang di sudah wujud dalam zaman tamadun Sumeria dan tamadun lemah Sindhu, 4000-3000 tahun Sebelum Masihi.
                                                                                           (Halaman 128, Permata Sastera Melayu MPM)


Ulasan:

"Dia" bermaksud helaian kertas yang asalnnya bernilai rendah. Apabila dia diberi nilai, maka nilainya telah meningkat melebihi nilai emas. Oleh itu adalah tidak menjadi mustahil bahawa suatu masa, nilai yang tinggi itu akan jatuh pula termasuk di negara ini.


Juga baca di bawah:

            "Dia jatuh! "
            "Dia jatuh!"
            Seluruh pekan kecil ini menjadi histeria. Puluhan, ratusan, ribuan, erkejar ke tempat dia jatuh.
           "Tentu dia luka parah." kata seorang
           "Tentu dia luka parah, Tentu!"
           "Memang dia luka parah. Panggil ambulan!"
          Demikianlah kegemparan sepekan kecil itu pada pagi kejadian. Juga beberapa hari kemudian. Atau berbulan-bulan kemudian. Atau bertahun-tahun kemudian.
          Kata orang, dia menghilang apabila ambulans tiba.


                                                                                (Halaman 131, Permata Sastera Melayu MPM)


Ulasan:
Istilah ambulan bagi petikan di atas boleh dikaitkan dengan aktiviti menyelamat. Apabila nilai matawang jatuh maka aktiviti menyelamat pada waktu itu adalah sebagaimana yang telah dilakukan oleh pihak Bank Negara iaitu menambat nilai ringgit pada satu nilai tertentu. Langkah tersebut telah menyelamatkan negara daripada menghadapi kejatuhan nilai matawang berterusan. Perkara tersebut digambarkan pada ayat Kata orang, dia menghilang apabila ambulans tiba.
                                                                                   


Baca pula petikan berikut:

"Ya Tuhan. Perteguhkan imanku. Biarlah aku tidak terjejas oleh kejatuhan kertas tisu seharga emas itu. Ikan mencari makan tanpa mempedulikan dia yang jatuh. Selama ini pun Engkau, ya Allah, yang memberi rezeki, bukan dia. Perteguhkan imanku. Kaulah yang memberi rezeki itu. Bukan dia." 
                                                                                       (Halaman137, Permata Sastera Melayu MPM)

Ulasan:
Gambaran petikan diatas mengukuhkan pendapat yang mengatakan dia adalah "wang" dan nilainya yang asalnya kertas biasa dan kemudian diberi nilai oleh manusia.




Maksud Mitos:
Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan. Ia selalunya satu dogma yang dianggap suci dan mempunyai konotasi upacara
                                                                                                                                                         ( Sumber wikipedia)
Mitos juga bermaksud cerita zaman dahulu yg dianggap benar, terutamanya yg mengandungi unsur-­unsur konsep atau kepercayaan tentang se­jarah awal kewujudan sesuatu suku bangsa, kejadian-kejadian alam, dsb; 2. cerita tentang seseorang atau sesuatu yg tidak benar atau direka-reka, dongeng; memitoskan
                                                                                                (sumber dewan bahasa dan pustaka)
Ulasan:
Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka kepercayaan masyarakat terhadap sejenis kertas yang dianggap bernilai oleh dianggap satu mitos. Mitos yang kononnya secekak kertas itu boleh membuatkan seseorang itu bahgia atau sengsara. Semacam ada satu pengaruh luar biasa dan dipercayai benar oleh sebilangan orang ramai kepada nilai wang. Cuma dalam konteks maksud mitos cerpen ini, ia tidak wujud unsur-unsur suci pada pandangan agama secara nyata.



Tema


Bertemakan tentang masalah ekonomi semasa iaitu kejatuhan nilai mata wang. Manusia di dunia termasuk di negara kita menjadi resah dan tidak menentu kerana nilai wang. Bagi mereka, kejatuhan nilai matawang telah menyusahkan kehidupan dan ramai cuba menyalahkan pihak lain kerana nilai wang jatuh. Seolah-olah manusia telah menjadi hamba kepada wang dan manusia lupa bahawa pemberi rezeki adalah Allah. Manusia lupa untuk berikhtiar mencari sumber lain bagi mendapatkan barangan dan keperluan harian sebagaimana yang telah dilakukan oleh seekor burung ketika mencari rezeki (hlm 137).




Pemikiran

1. Krisis matawang yang melanda telah menyebabkan rakyat gelisah.
Mitos dikaitkan dengan kepercayaan. Sesuatu yang dipercayai benar. Ramai orang percaya kononnya sehelai kertas itu mempunyai nilai dan ramai percaya tanpa helaian kertas itu, kita akan sengsara. Malah ada yang menjadi leka kerananya. Jika helaian kertas itu semakin jatuh nilainya sehingga akhirnya tidak bernilai, maka ia tidak ubah umpama nilai secekak kertas tisu sahaja. Tisu akan dibuang di tempat longgokan sampah apabila tidak diguanakan lagi. Harga tisu amat murah, kerana itu ia mudah dibuang. Bayangkan jika dahulu kita mampu membeli 100 biji kuih dengan RM10 sebaliknya kini kita hanya mampu memiliki 25 biji kuih sahaja dengan wang yang sama.

2. Nilai matawang bukan penentu kebahagiaan hidup
Ramai orang menjadi resah kerana kejatuhan nilai matawang. Namun penentu kebahagiaan hidup bukan ditentukan oleh nilai wang semata-mata. Masih banyak faktor penentu lain yang mampu membuatkan seseorang itu bahagia.

3. Jangan menjadi hamba wang.
Ramai orang percaya bahawa kejatuhan matawang akan menyebabkan kesusahan dan hilang banyak rezeki. Mereka telah berusaha siang malam semata-mata untuk mengumpulkan duit yang banyak. Semoga dengan duit yang banyak akan menyelamatkan diri mereka daripada kemiskinan dan papa.


4. Yakin dengan kekuasaan Allah yang memberi rezeki kepada manusia.
Sebenarnya pemberi rezeki kita adalah Allah swt. Keyakinan kepada perkara yang lain selain Allah akan menjejaskan keimanan kita. Mempunyai wang sememangnya penting, namun kita tidak boleh meyakini bahawa mempunyai wang maka kita mempunyai banyak rezeki. Pengarang mengambil contoh burung-burung yang terbang tetap memperolehi rezeki tanpa menghiraukan kejatuhan nilai wang (secekak kertas tisu).




Bincangkan watak "dia" dalam cerpen mitos secekak kertas tisu.

1. Dia telah ditafsirkan dengan pelbagai maksud.
2. Dia adalah kertas tisu.
3. Dia asalnya mempunyai nilai yang rendah
4. Dia telah diberi nilai yang tinggi.
5. Dia kemudianya telah jatuh nilai.
6. Dia kini sudah menghilang.
7. Dia telah membuat manusia resah gelisah.
8. Dia mempunyai sejarah yang panjang.

TAJ US SALATIN

Ringkasan Maksud Isi Teks

a) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Segala Raja

Syarat pertama raja hendaklah adil. Iaitu merasakan dirinya seperti kedudukan pengadu masalah.

Syarat kedua. Raja hendaklah sedia menerima aduan rakyatnya dengan sifat terbuka dan mengalu-alukan kedatangan rakyat.

Syarat ketiga. Raja hendaklah beriman dan jangan mengikut nafsu.

Syarat keempat. Raja hendaklah menghukum dengan sabar, lemah lembut dan menghindarkan rasa kebencian terhadap pelaku. Rujuk kisah Raja Ma'mun.

Syarat kelima. Raja hendaklah menghukum demi mendapat keredaan Allah. Menghukum dengan kebenaran (hak).

Syarat keenam. Raja hendaklah ingat bahawa segala pekerjaannya itu akan mendapat balasan kebajikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya jika raja berbuat dosa, dirinya akan dibalas dengan kejahatan juga.

Syarat ketujuh. Raja hendaklah menghormati golongan bijak pandai (orang berilmu). Perlu bersikap merendah diri dan tidak berbangga dengan kedudukannya sebagai sultan. Sesungguhnya ilmu orang bijak pandai (pendeta) itu lebih mulia daripada kedudukan seorang raja.

Syarat kelapan. Raja hendaklah menghindarkan diri daripada sikap takbur.

Syarat kesembilan. Hendaklah segera bertindak menyiasat aduan rakyat dan menyegerakan hukuman demi menjaga kebajikan rakyat. Jika raja berdiam diri terhadap sebarang aduan rakyat, ia akan menyebabkan rakyat rasa teraniaya.

Syarat kesepuluh. Raja hendaklah bijaksana dan berhati-hati terhadap rakyat yang mengadu hal kepadanya.


b) Syarat yang Harus Dipelihara oleh Menteri.

Syarat pertama. Menteri hendaklah memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

Syarat kedua. Menteri hendaklah berterima kasih kerana pemberian raja dan anugerhnya.

Syarat ketiga. Menteri hendaklah berbelanja dengan kebenaran raja. Perbelanjaan hendaklah mengikut keperluan dan tidak membazir.

Syarat keempat. Menteri hendakalah mencari sumber harta bagi raja.

Syarat kelima. Menteri hendaklah menyediakan segala keperluan raja, pakaian dan kenderaan raja.

Syarat keenam. Menteri hendaklah mengingatkan raja supaya jangan melanggar hukum syarak.

Syarat ketujuh. Menteri hendaklah menegur kesilapan raja jika melanggar hukum syarak.

Syarat kelapan. Menteri jangan sombong (maghrur) kerana pangkatnya. Jangan mengasari rakyat.

Syarat kesembilan. Menteri hendaklah mencari harta untuk dirinya sekadar memenuhi keperluan dirinya sahaja dan jangan berlebih-lebihan.

Syarat kesepuluh.Menteri hendaklah mencari maklumat tentang keselamatan negara melalui maklumat rakyat jelata.


c) Syarat yang Harus dipelihara oleh Pegawai.

Syarat pertama. Pegawai hendaklah mendahulukan perintah Allah dan menyedari bahawa raja juga makhluk Allah.

Syarat kedua. Pegawai hendaklah menghargai pemberian raja dan memuliakan rajanya.

Syarat ketiga. Pegawai hendaklah menunjukkan perkara yang baik di depan raja dan menyembunyikan apa-apa perkara yang sukar tentang dirinya.(Baca kisah dalam teks)

Syarat keempat. Pegawai harus mengutamakan tugasnya berbanding mendapat keredaan sultan.( Baca kisah dalam teks.)

Syarat kelima. Pegawai hendaklah lebih takut (taqwa) kepada Allah berbanding rajanya.

Syarat keenam. Pegawai hendaklah menyempurnakan segala pekerjaan dunia raja namun jangan lupa dengan pekerjaan akhirat dirinya.

Syarat ketujuh. Pegawai hendaklah jangan bersubahat dengan raja untuk menaniaya rakyat, kerana dirinya akan mendapat balasan yang sama di akhirat kelak.

Syarat kelapan. Pegawai jangan memuji orang lain yang tidak di kenalinya di hadapan raja.

Syarat kesembilan. Pegawai hendaklah menunjukkan kepada raja dahulu akan segala milik kesukaannya.

Syarat kesepuluh. Pegawai hendaklah menjaga tutur kata dan tingkah laku dan seluruh anggotanya apabila
berhadapan dengan rajanya.

MAKSUD ,TEMA , PERSOALAN ,WATAK "AKU" MELANKOLI

Maksud perkataan MELANKOLI

Melankoli bermaksud keadaan murung, sedih dan hiba.

Analisis Karya

Cerpen ini amat istimewa kerana menggunakan teknik imbas muka dan imaginasi pengarang. Berdasarkan pengetahuan penulis, beliau cuba membayangkan keadaan kematian dan hidup selepas mati. Penulis memikirkan untung nasib diri dan manusia yang lain apabila tamatnya kehidupan di dunia. Imaginasi penulis dibayangkan melalui beberapa maklumat ilmu agama beliau terutama daripada sumber al-Quran dan Hadis nabi.

Imaginasi pengarang sangat tinggi dan dipetik dari sumber-sumber yang boleh dipercayai. Kematian bagi penulis diumpamakan seperti orang yang sedang tidur. Roh manusia keluar dan berlegar-legar. Di bayangkan tentang kesusahan berada di alam kubur yang gelap, sempit dan terhimpit. Roh pula melayang-layang dan dapat melihat seluruh peristiwa dalam dunia. Terbayang kisah hidup sejak kecil, membesar, dewasa dan tua. Terbayang godaan-godaan syaitan yang sentiasa memusuhi manusia. Keseluruhan cerita diimaginasikan oleh pengarang sedemikian rupa untuk mengajak pembaca sedar tentang hakikat diri sendiri dan merasakan situasi yang diceritakan.

Bahasa yang digunakan pula amat halus dan indah. Cerpen bermula dengan catatan seolah-olah rintihan seseorang yang sudah berada di alam lain. Penulisan diselangi dengan sumber-sumber ilmu termasuk kitab al-Quran dan Hadis. Malah penulis menyelitkan puisi seperti pantun dan bahasa puitis termasuk tulisan Chairil Anwar. Terdapat juga sumber-sumber daripada kitab muktabar seperti kitab Riadus Salihin dan kitab Tafsir Pimpinan al-Rahman.

Keseluruhan penceritaan cerpen ini banyak menggunakan kaedah pemerian. Pengarang seolah menjadi pencerita secara naratif dalam keseluruhan peristiwa yang beliau olah. Pengarang mengolah cerita secara terus seolah-olah dia serba tahu. Oleh itu cerpen ini kurang menggunakan teknik dialog. Penulis hanya menggunakan teknik dialogt ketika membuat imbas kembali kisah hidupnya membeli katil di Jalan Kerawang Indonesia.

Cerpen ini juga tidak menggunakan perwatakan yang banyak. Keseluruhan cerita hanya mengisahkan tentang "aku" yang merujuk kepada diri penulis. "Aku" telah digambarkan telah melalui pelbagai proses kehidupan dan pelbagai kisah hidup yang mungkin beliau hadapi. Seolah-olah "aku" sedang berada di satu daerah yang asing dan beliau cuba menggambarkan pengalamannya berada di daerah tersebut. Segala pengalaman yang beliau lalui dikaitkan pula dengan pengajaran hidup serta menjelaskan iktibar yang boleh diambil daripadanya.



Cerpen ini lebih mementingkan mesej yang ingin disampaikan. Aspek-aspek seperti plot dan perwatakkan tidak terlalu dipentingkan. Apa yang penting bagi pengarang adalah sejauhmana pembaca dapat mengambil iktibar dan pengajaran daripada cerita berkenaan. Banyak pengajaran agama yang cuba disampaikan kepada khalayak. Walaupun tidak ada plot yang menarik, namun rasa ingin tahun pembaca dibina oleh pengarang sejak mula cerpen ini ditulis. Pembaca akan senti

Pembaca tertanya-tanya tentang latar penceritaan yang terdapat di dalamnya. Penulis tidak menyebut latar tempat yang khusus. Cerita berkenaan hanya berkaitan dengan imaginasi pengarang semata-mata. Seolah-olah cerita pengarang tidak berpijak di bumi nyata.



Tema

Cerpen ini bertemakan keagamaan. Menggambarkan kehidupan selepas mati. Sebelum kematian datang, manusia perlu membuat persediaan yang rapi. Manusia mempunyai pilihan samada memilih jalan syurga atau jalan ke neraka. Amalan baik dan ibadat kepada pencipta adalah perlu seperti solat dan rukun Islam yang lain. Malah penulis mengajak manusia supaya bersedekah dan mengamalkan cara hidup Rasulullah.Penulis sedar asal usul dirinya. Tidak ada yang istimewa tentang dirinya kerana dia adalah manusia biasa.Lalu penulis membayangkan kehidupan selepas mati. Rohnya sedang berada di suatu daerah asing yang tidak diketahuinya. Lalu beliau tertidur lena.

Persoalan

- Sentiasa mengingati dan mendoakan ibu bapa.
- Perlunya bersedia menghadapi kematian.
- Yakin tentang siksa di Padang Mahsyar.
- Menyedari asal usul diri sendiri.
- Menyedari masalah yang menimpa manusia di seluruh dunia.
- Insaf akan kesusahan orang lain- Kisah anak perempuan kecil dan miskin mencari sisa-sisa makanan di kuburan.


Perwatakan "Aku"

Latarbelakang "Aku" dalam cerpen ini menunjukkan bahawa beliau seorang perempuan yang hidup bersendirian. Beliau telah melalui liku-liku kehidupan sejak kedil sehingga dewasa. Beliau pernah berkahwin dan mempunyai anak. "Aku" adalah seorang bekas pensyarah dan telah bersara. "Aku" digambarkan begitu taat kepada perintah Allah. Seorang yang kuat beribadat seperti sembahyang malam dan sentiasa memikirkan masalah umat manusia di seluruh dunia terutamanya umat Islam.

Friday, August 15, 2014

PANTUN BUDI

PANTUN BUDI
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati

Pulau pandan jauh ke tengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi baik dikenang juga

Tenang tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
budi baik rasa nak junjung.

TEMA
Pantun budi bertemakan menghargai,membuat kebaikan dan mengingati budi seseorang

BENTUK PANTUN

  • jenis puisi ialah pantun
  • pantun ini ialah pantun budi
  • pantun budi ialah puisi terikat
  • puisi ini terdiri daripada 3 rangkap
  • bilangan baris dalam setiap rangkap adalah sama iaitu 4 baris serangkap
  • 2 baris pertama merupakan pembayanf manakala 2 baris berikut adalah maksud
  • bilangan kata dalam baris hampir sama ,iaitu antara 4-5 patah kata dalam satu baris
  • bilangan sukukata dalam setiap baris terdiri daripada 9-10 sukukata
  • rima akhir pantun ini ialah a,b,a,b
UNSUR ESTETIKA

pemilihan unsur gaya bahasa yang terdapat dalam pantun budi termasuklah;

a)anafora ,contohnya:
  hutang emas boleh dibayar
  hutang budi di bawa mati

b)epifora,contohnya:
  gunung daik bercabang tiga
  budu-i baik dikenang juga   [PENGULANGAN PADA AKHIR BARIS]

c)personafikasi,contohnya:
   hutang budi diwa mati  
d)hiperbola,contohnya;
budi baik rasa nak junjung [Menyatakan secara berlebih lebihan ]

e)inversi,contohnya:
hancur badan rasa nak junjung  sepatutnya badan hancur dikandung tanah

Antara unsur bunyi yang digunakn dalam pantun budi termasuklah ;

a)asonansi
   i)pengulangan bunyi vokal a
     cth rangkap 1:

      pisang emas dibawa belayar
      masak sebiji di atas peti
      hutang emas boleh dibaya
      hutang budi dibawa mati
     Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi vokal a sebanyak 18 kali

b)aliterasi
  i)pengulangan bunyi konsonan n
    contoh rangkap 2:

    pulau pandan jauh ke tengah 
    gunung daik bercabang tiga
    hancur badan dikandung tanah
    budi baik dikenang juga

   Dalam contoh ini,terdapat pengulangan bunyi konsonon n sebanyak 13 kali.

c)rima akhir - pengulangan bunyi yang sama pada akhir baris

   contohnya:

   tenang tenang air di laut
   sampan kolek mudik ke tanjung
   hati terkenang mulut menyebut
   budu baik rasa nak junjung

NILAI

  • Nilai menghargai-contonhnya menghargai dan mengenang jasa seseorang yang dilakukan
  • Nilai kesederhanaan -contohnya bersikap kesederhanaan terhadp seseorang dengan melakukan kebaikan yang berkaitan dengan hal - hal keduniaan dan akhirat
  • Nilai kejujuran-contohnya sifat jujur amat penting dalam setiap perbuatan agar tidak dimurkai oleh masyarakat.selain itu,kebaikan dan budi yang dilakukan akan dikenang sampai bila - bila.
FUNGSI PANTUN

  • Untuk menyampaikan pesanan
  • alat untuk mengajar dan didikan 
  • untuk menceritakan pandangan masyarakatkepada masa itu
  • untuk menggambarkan fikiran pada masa itu
  • sebagai alat komunikasi

Thursday, August 14, 2014

DI TITIAN KEMERDEKAAN


HASIL KARYA :: DHARMAWIJAYA
DI BENTANG OLEH :: SYAIDATUL & AZRINA
Telah datang angin kemerdekaan
melambai tanah air berlagu sentosa
telah gemilang sumpah kerelaan
setiap menjelang kemerdekaan ini
Bergemalah di hati anak pribumi
sejahtera bangsa menggenggam kemenangan
keramat bangsa menentang keagungan.
membelai bangsa sepanjang usia.
Kemerdekaan, di sini bumi beningmu dipijak
di sini langit jernihmu dijunjung
cinta kasih tiadakan retak
meski debar sengketa melanda jantung.
Tanah air tercinta hamparan setia
kamilah kini pewaris kemerdekaan
seluhur suara seteguh cita
menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

Maksud setiap rangkap .


Maksud Rangkap 1:
 Semangat sambutan hari kemerekaan mulai dirasakan oleh setiap
Warganegara yang cintakan Tanah air . Kemerdekaan yang diperolehi ini
adalah hasil perjuangan yang ikhlas para pejuang terdahulu untuk
membebaskan Negara, hingga kini semua warganegara berada dalam
Situasi yang aman .

Maksud Rangkap 2:
 Apabila menjelangnya sambutan hari kemerdekaan ,semangatnya mula
dirasai oleh setiap Warganegara . Kemerdekaan yang dicapai telah
memmbolehkan setiap warganegara hidup dalam keadaan yang selesa
Semuanya telah dicapai menerusi perjuangan para pejuang menentang
penjajah.

Maksud Rangkap 3:
 Kebebasan yang dicapai seharusnya menyedarkan setiap warganegara erti
kesetiaan dan ketaatan kepada Negara tercinta tanpa berbelah
Bagi . Walaupun sering diancam dengan perselisihan faham yang boleh
Mengugat keamanan Negara . Semangat nasionalisme tidak pernah luntur.

Maksud Rangkap 4:
 Negara kita menuntut setiap warganegaranya mempunyai kesetiaan yang
Tidak berbelah bagi pada Negara. Ini kerana generasi hari ini adalah
Pewaris kebebasan yang diraih, seharusnya generasi muda hari ini perlu
menanam azam dan tekad untuk sentiasa menabur  jasa demi untuk
menjamin maruah Negara yang tercinta.  tanah air tercinta
hamparan setia kamilah kini pewaris kemerdekaan seluhur suara seteguh
Cita menjunjung bakti mahkota kedaulatan.

TEMA

Kecintaan terhadap negara tercinta apabila
menjelangnya sambutan hari kemerdekaan,
Semangat cintakan negara semakin membara. Peri
Pentingnya semangat kecintaan terhadap negara dengan
Terus memberi sumbangan demi mempertahankan
Maruah dan kedaulatan negara.

PERSOALAN

1.Perjuangan para pejuang terdahulu untuk mendapat kemerdekaan .

2.Berjuang menentang penjajah .

3.Mempertahankan kemerdekaan yang dicapai .

4.Mempertahankan kedaulatan dan maruah negara .

GAYA BAHASA
Aliterasi
Perulangan bunyi huruf-huruf konsonan dalam sebaris sajak
Contoh :: Seluhur suara seteguh cita
Ulasan :: Berdasarkan contoh di atasunsur aliterasi dapat dikesan pada
                    perulangan bunyi konsonan s
Kesan :: Penggunaan unsur aliterasi dapat meninggalkan kesan kelantangan    bunyi pada sajak.
Asonansi
 Perulangan bunyi huruf-huruf vokal dalam sebaris sajak
Contoh :: Telah datang angin kemerdekaan
Ulasan :: Berdasarkan contoh di atasunsur asonansi dapat dikesan pada       perulangan bunyi vokal a
Kesan :: Penggunaan unsur  asonansi dapat meninggalkan
                  kesan kemerduan dan kelembutan pada bunyi 

Metafora
Perbandingan dua kata yang bersifat abstrak dan konkrit 
yang membawa maksud di luar kelaziman.
Contoh :: Telah datang angin kemerdekaan
Ulasan :: Berdasarkan contoh di atasunsur metafora 
                   dapat dikesan pada perbandingan dua kata antara angin
                    yang bersifat konkrit dengan kemerdekaan yang bersifat
                   abstrak.
 Kesan :: Penggunaan unsur metafora dapat memberikan 
                  gambaran yang lebih jelas .


Nada ::  Nada patriotik

HARAPAN

ØPenyajak mengharapkan agar  generasi hari ini mengingati pejuang-pejuang negara yang telah berjuang untuk mendapat kemerdekaan .

ØPenyajak mengharapkan agar  generasi hari ini menghargai pengorbanan dan jasa para pejuang berjuang menuntut kemerdekaan menentang penjajah .ØPenyajak mengharapkan agar penduduk negara ini mengekalkan perpaduan demi negara tercinta .

ØPenyajak mengharapkan agar generasi hari terus menumpahkan taat setia pada negara yang tercinta.

ØPenyajak mengharapkan agar  generasi hari ini menjunjung maruah dan kedaulatan negara .

ØPenyajak mengharapkan agar  generasi hari ini terus menabur bakti dan memberi sumbangan kepada negara tercinta.