Friday, September 12, 2014

GURINDAM - TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT

MAKSU GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

FUNGSI GURINDAM

Dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan . Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancrkan kreativiti dan estetika . Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka . Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . Terutama , dalam majlis-majlis yang formal .
_______________________________________________

TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT

Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal  kasa dan cindai

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1: Raja perlu berkerjasama dengan pegawai negeri terutamanya perdana menteri. Kesepakatan di antara mereka akan membentuk sebuah pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu dipertahankan daripada serangan musuh negera.

Rangkap 2: Raja perlu pandai membuat keputusan dan persetujuan di atas sebarang rancangan pembangunan negara.

Rangkap 3: Raja perlulah menghukum rakyat yang bersalah dengan hukuman yang adil. Seseorang raja yang adil akan mendapat petunjuk dari Allah swt.

Rangkap 4: Hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu. Mengasihi orang berilmu akan membawa kepada keberkatan hidup kerana mendapat kasih sayang Allah.

Rangkap 5: Hendaklah menghormati orang yang bijaksana kerana perbuatan tersebut akan membantu kita membezakan perkara-perkara baik dan buruk.

Tema

*kerjasama antara rakyat dan raja
  • Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai syarat-syarat tertentu. Bagi mengharapkan taat setia rakyat, raja mestilah mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain.
PERSOALAN :
  • §  Persoalan kesetiaan rakyat kepada raja.
-          Rakyat yang setia kepada raja dapat memudahkan serta melancarkan segala
urusan.
  • §  Persoalan kesefahaman antara pentadbir.
-          Persefaham antara menteri dan raja akan melancarkan urusan perihal negera serta menjadikan negera aman.
  • §  Persoalan keadilan raja terhadap rakyat.
-          Raja yang adil akan sentiasa dapat pertolongan dari rakyatnya.
  • §  Persoalan mengasihi orang beriman.
-          Orang yang mengasihi orang yang beriman akan mendapat kerahmatan.
  • §  Persoalan menghormati orang yang berilmu.
-          Apabila menghormati orang yang pandai,kita dapa membezakan antara baik da buruk.

NILAI-NILAI ESTETIKA(GAYA BAHASA) :
·        Ansonansi
- pengulangan vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat
- contoh : rangkap 1,vokal a
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

·        Aliterasi
-          Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
-          Contoh : rangkap 2,konsonen d
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

·        Simile
-          Perbandingan yang setara menggunakan perkataan bagai,bak,umpama,seperti
-          Contoh : rangkap 1 baris 2
Seperti kebun berpagarkan duri.

·        Metafora
-          Abstrak dan konkrit
-          Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja,


·        Anafora
-          Pengulangan kata di awal baris
-          Contoh : rangkap 2 baris 2 dengan rangkap 3 baris 2,rangkap 4 baris 2,dan rangkap 5 baris 2.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

·        Inversi
-          Kata yang diterbalikkan tanpa mengikut tatabahasa
-          Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja

-          Rangkap 3 baris 1
Hukum adil atas rakyat

-          Rangkap 5 baris 1
Hormat akan orang pandai

FUNGSI :
o   Memberi pengajaran atau didikan.
Ø Memberi didikan supaya mentaati raja.
Ø Mengajar supaya menghormati orang berilmu pengetahuan.
o   Menasihati supaya raja dan rakyat sentiasa bemuafakat dan berkerjasama.
Ø Kerjasama yang baik antara raja dan rakyat dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.
o   Sebagai alat kawalan sosial.
Ø Supaya raja dan menteri bersatu padu.
Ø Supaya rakyat taat kepada raja dan pemerintah.


NILAI 
  • o   Nilai masyarakat yang taat kepada raja.
  • o  Nilai masyarakat yang hormat akan orang yang berilmu pengetahuan.
  • o   Nilai masyarakat yang suka mengasihi orang
PANDANGAN SARWAJAGAT

Puisi di atas menggambarkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang taat setia kepada pemerintah. Namun untuk mendapatkan taat setia, ia memerlukan muafakat yang tinggi antara raja dan rakyat. Zaman tradisional dapat digambarkan, telah wujud suasana aman damai dalam sesebuah pemerintahan negara yang diperintah oeh raja.

Sistem feudal tidak semestinya mewujudkan satu corak pemerintahan kuku besi dan sentiasa menindas rakyat. Jika raja melaksanakan pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat didalam puisi berkenaan, maka taat setia rakyat kepada raja tidak memerlukan paksaan. Contohnya, jika raja menghormati rakyat, maka dengan sedirinya rakyat akan kagum dan dengan rela hati menumpahkan taat setianya kepada raja.

Kadang-kadang raja perlu mendapatkan ilmu-ilmu tertentu daripada para ilmuan negara. Raja tidak mungkin bijak dalam segala bidang. Oleh itu, ketika menuntut ilmu, raja hendaklah merendah diri dan tidak membawa jawatan yang dipegang ketika berhadapan dengan guru yang mengajarnya.

Raja perlu mendapat nasihat daripada bijak pandai negara. Keupayaan membuat keputusan secara bersendirian sangat terhad kemampuannya. Raja perlu membuat perbincangan dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang pakar dalam bidang tertentu. Keputusan yang dibuat secara bersama akan mengurangkan kesilapan dalam proses membuat keputusan.

5 comments:

  1. Replies
    1. Pengajaran cuma ambil dari nilai atau persoalan sahaja...menambah CADANGAN+HARAPAN sahaja

      Delete
    2. kita hendaklah meletakkan taat setia kita sepenuhnya kepada raja. ( H + P/K + C + KK )

      Kita perlulah mengasihi orang yg berilmu untuk mendapat rahmat daripada Allah. ( H + P/K + C + KK )

      SEMOGA BERMANFAAT

      Delete