Thursday, September 11, 2014

NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI

MAKSUD GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

FUNGSI GURINDAM

Dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan . Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancrkan kreativiti dan estetika . Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka . Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . Terutama , dalam majlis-majlis yang formal .

_________________________________________________________________________________

NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI

Isteri cantik permainan mata ,
Isteri budiman tajuk mahkota .

Perempuan bagus suntingan dunia ,
Perempuan beriman sangat mulia .

Suami isteri harus sekata ,
Jauh segala silang sekata  

Suami tempat isteri bergantung , 
Kepadanya  serahkan nasib dan untung .

Jika suami tak berjati lurus 
Isterinya kelak menjadi kurus . 

Suami isteri tubuh yang dua ,
Sekata hendaknya sampai ke tua . 

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Memilih calon isteri yang sempurna bukan dinilai dari aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah sesuatu palsu pada pandangan mata. Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana kecantikan akan hilang mengikut masa. Isteri yang budiman adalah lebih sempurna kerana mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri budiman mempunyai kepimpinan yang tinggi untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman berada di tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota.

Rangkap 2
Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Perempuan yang dianggap baik bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata sahaja. Jika sesuatu yang disunting tersebut adalah sekuntum bunga, maka ia akan layu akhirnya. Jika dikaitkan dengan diri manusia maka kecantikan perempuan tersebut akan semakin pudar apabila umur bertambah. Namun pilihan  yang paling penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu keimanannya. Kemuliaan seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya. Keimanan adalah kecantikan yang kekal abadi.

Rangkap 3
Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Hidup berumahtangga perlulah sependapat. Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang sama. Pada waktu yang sama mestilah menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan serta perselisihan pendapat.


Rangkap 4
Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Suami adalah tempat bergantung harap, sebagai pelindung dan memberi nafkah. Apabila sudah berumahtangga, isteri bergantung penuh terhadap suaminya. Suami adalah penentu kebahagiaan hidup isterinya. Oleh itu jangan sia-siakan harapan isteri kita.


Rangkap 5
Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Kejujuran itu sangat penting dalam hidup berumahtangga. Suami mesti jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan. Akibat memendam rasa, isteri akan mungkin akan sakit dan semakin kurus.


Rangkap 6
Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar terhadap keluarga. Kuasa tersebut adalah meliputi kuasa terhadap isteri, anak-anak, harta dan kuasa menceraikan isteri. Namun kekuasaannya tidak mungkin wujud dan dapat digunakan jika dia hidup bersendirian tanpa teman.


Rangkap 7
Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Hidup berumahtangga adalah ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka mereka diharapkan sentiasa bermuafakat di antara keduanya sepanjang kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu berpakat dan mencapai persetujuan dalam segala tindakan. Contohnya mengurus rumah tangga, menjaga anak-anak yang telah mereka lahirkan sehigga anak-anak itu dewasa.

TEMA
  • Peranan suami isteri dalam sebuah rumah tangga


PERSOALAN

-Persoalan perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup.

-Persoalan perempuan yang beriman akan dimuliakan.

-Persoalan keperluan persefahaman kepada suami isteri untuk mengelakkan pergaduhan.

-Persoalan isteri menjadikan suami tempatnya bergantung hidup.

-Persoalan peranan suami dan isteri.

-Persoalan hidup suami isteri sampai tua.
CIRI-CIRI GURINDAM

Ø  Mempunyai 7 rangkap
Ø  1 rangkap  terdiri daripada 2 baris
Ø  1 baris terdiri daripada 4 hingga 5 patah perkataan
o   Conto 4 patah perkataan (rangkap 1 baris 1 )
Isteri cantik permainan mata
o   Contoh 5 patah perkataan (rangkap 4 baris 2 )
Kepadanya serahkan nasib dan untung

Ø  1 baris mempunyai 10 hingga 12 suku kata
o   Contoh 10 suku kata (rangkap 6 baris 1 )
sun/gguh/su/a/mi/pe/gang/ku/a/sa
o   Contoh 12 suku kata (rangkap 4 baris 2 )
Ke/pa/da/nya/ se/rah/kan/ na/sib/ dan/ un/tung/

Ø  Gurindam terikat dengan rima yang sama iaitu a-a
Ø  Merupakan satu kesatuam idea
Ø  Terdapat jeda dalam satu baris
   NILAI-NILAI ESTETIKA


*      Ansonansi
§  Pengulangan vokal a,e,i,o,u dalam ayat
§  Contoh : rangkap 1,pengulangan vokal a

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

*      Aliterasi
§  Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
§  Contoh : rangkap 1,pengulangan konsonen t

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

*      Penggunaan bahasa arab
§  Contoh : rangkap 2 baris 2
Perampuan beriman sangat mulia.

*      Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
§  Contoh : rangkap 2 baris 1
Perempuan bagus suntingan dunia
§  Rangkap 6 baris 2
Jika seorang dia binasa

*      Metafora
§  Abstrak dan konkrit
§  Contoh : rangkap 5 baris 1
Jika suami tak berhati lurus
§  Rangkap 6 baris 1
Sungguh suami pegang kuasa

*      Sinkope
§  Singkatan ayat
§  Contoh : rangkap 5 baris 1
Jika suami tak berhati lurus


NILAI
-Nilai bertanggungjawab
-Nilai kasih-sayang
-Nilai homat-menghormati
-Nilai bertolak ansur
-Nilai memahami
-Nilai keimanan


2 comments: