Tuesday, July 15, 2014

CERPEN - USIA EMAS

Sinopsis
-  Usia emas bukan satu anugerah tetapi satu pinjaman. Usah berbangga kerananya. Hargailah orang tua yang telah menjaga dan mendidik kita. Akhirnya kita perlu menerima hakikat bahawa ajal akan sampai juga akhirnya. Usia emas sememangnya hanya menunggu masa ajal kita akan sampai kerana usia nabi Muhammad hanya sekitar 62 tahun sahaja.
- Cikgu Baharum sudah bersara. Usia emasnya dipanjangkan Allah. Beliau pernah menjadi penulis dan tulisan beliau disiarkan di dalam Warta Malaya (sejenis akhbar  yang popular di tanah Melayu suatu ketika dahulu). Pada masa tuanya beliau memenuhi kehidupan dengan bangun pagi dan bersenam. Digambarkan kisah hidupnya ketika bergelar guru. Beliau bangun pagi dan datang kerja awal. Beliau sentiasa membimbing anak muridnya. Banyak ilmu pengetahuannya kerana banyak membaca. Suka berbincang dalam pelbagai perkara termasuk ekonomi, politik dan sosial.
- Bicara soal hari tua bukan masa untuk mendapat bermacam anugerah. Anugerah sudah tidak releven lagi buat warga tua, lebih-lebih lagi apabila sudah mati. Pemergiannya tidak perlu diratap dan merasa kehilangan kerana tugas manusia sudah tamat pada masa itu. Doakan sahaja untuk simati dengan kebaikan dan pohonkan pengganti yang lebih baik. Orang tua-tua beragama Islam hanya perlukan kasih sayang anak-anak. Jangan jadi seperti di tempat lain yang menghantar orang tua-tua di rumah kebajikan sebagaimana yang berlaku di Jepun. Berilah mereka peluang melanjutkan ibadahnya dan jangan anggap mereka sebagai golongan tidak berguna.
- Akhirnya mendapat khabar cikgu Baharum telah kembali ke Rahmatullah. Semua yang fana ini akan kembali kepada penciptanya. Jangan mengeluh dan meratap. Kita perlu bersabar.

Beberapa catatan dialoog penting berdasarkan cerpen Permata Sastera Melayu
- "Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana umur panjang. Saya bimbang dengan usia    dipinjamkan ini" (hlm. 116)
-"Sentiasa berlindung diri di belakang setiap solat dengan doa jangan sampai umur tua"    (hlm117)

Tema
Cerpen ini bertemakan kemanusiaan. Kehidupan usia tua bukan satu kelebihan tetapi ia hanyalah pinjaman Usia emas bukan masa untuk mendapat  anugerah hidup dan berhibur sebagaimana orang barat. Usia emas perlu dipenuhi dengan aktiviti berfaedah dan beribadat kepada Allah. Warga tua perlu disayangi dan jangan dilupakan.

Persoalan
1- Jangan berbangga dengan baki umur kita.
Umur kita adalah anugerah Allah dan kita menerima anugerah itu dengan syukur. Semakin bertambah umur kita akan semakin mendekati mati. Oleh itu kita tidak boleh berbangga dengan anugerah sementara itu.
2- Anugerah dan penghargaan bukanlah suatu yang istimewa pada hari tua.
3- Penuhi hari tua dengan aktiviti berfaedah.
4- Banyakkan beribadat.
5- Sayangi warga tua.
6- Setiap yang hidup pasti akan mati akhirnya.

PANDANGAN MASYARAKAT.

1. Perbezaan pandangan tentang hari tua. Bagi orang barat, hari tua merupakan masa untuk   bergembira dan berhibur. Bagi penulis, hari tua adalah masa kita untuk melakukan sesuatu yang berfaedah dan melakukan ibadat. Orang barat berpendapat orang yang dipanjangkan usia mempunyai keistimewaan. Mereka perlu diraikan dan diberi anugerah. Bagi penulis, usia tua adalah masa yang dipinjamkan dan perlu bersedia untuk menghadapi kematian.
2. Terdapat juga perbezaan pandangan antara msayarakat timur seperti di Jepun. Bagi masyarakat Jepun, orang tua tidak produktif  dan tidak mampu menyumbang apa-apa. Malah kewujudan mereka merupakan satu beban dan perlu dihantar ke rumah penjagaan orang tua. Bagi masyarakat kita, orang tua perlu disayangi dan perlu dijaga oleh ahli keluarga dengan baik. 

9 comments:

  1. Replies
    1. Maaf, baru perasan ada comment awak. seperti awak sedia maklum watak dan perwatakan agak sukar hendak dianalisis dan sukar untuk mendapatkan rujukan internet juga. sebaik-baiknya awak buat rujukan dengan guru awak. maka, anda lebih mudah berkomunikasi untuk mendpatkan maklumat yang selanjutnya. saya akan perbaiki informasi dari masa ke semasa. tq atas -respond yer. -_~

      Delete
  2. Boleh tak saya dapatkan gaya bahasanya?
    😶

    ReplyDelete
  3. Boleh tak saya dapatkan gaya bahasanya?
    😶

    ReplyDelete
  4. Ada tak pengajaran untuk cerpen usia emas ni?

    ReplyDelete
  5. Teknik penceritaan ad tak

    ReplyDelete
  6. Latar masyarakat ade yg lain tak

    ReplyDelete