Friday, August 22, 2014

PANTUN NASIHAT

ANALISIS PANTUN NASIHAT

Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.


·        Puisi tradisional di atas merupakan sejenis pantun.
·        Pantun di atas merupakan pantun 4 kerat.
·        Pantun tersebut bertemakan nasihat.
·        Cirri-ciri pantun di atas adalah :
*     Pantun 4 kerat
*     Mempunyai 2 rangkap
*     1 rangkap terdiri daripada 4 baris
*     1 baris mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
*     Bilangan suku kata dalam 1 baris ialah 8 hingga 10 suku kata
*     Skema rima akhir pantun nasihat ini adalah tetap ; a-b,a-b
*     Rima akhir juga tetap iaitu a-b-a-b
·        Terdapat juga unsur-unsur estetika dalam pantun di atas :
*     Ansonansi
§  Merupakan pengulangan huuf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Tanam bunga dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.



Rangkap 2
Pengulangan vokal i :
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati menari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
                                   Ke mana pergi dibenci orang.

*     Aliterasi
§  Pengulangan huruf konsonen.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Tanam bunga di dalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Janganikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

      Rangkap 2
      Pengulangan konsonen g :
Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.

*     Anafora
§  Pengulangan kata di awal baris.
§  Berdasarkan pantun ;

Burung tiung terbang tinggi,
Burung merpati mencari sarang,
Kalau sombong meninggi diri,
Ke mana pergi dibenci orang.






*     Repitasi
§  Pengulangan kata dalam baris yang sama.
§  Berdasarkan pantun ;

Tanam bunga didalam pasu,
Bunga melati bunga pandan,
Jangan ikut hawa nafsu,
Kelak nanti binasa badan.

·        Terdapat juga nilai-nilai melalui pantun ini,iaitu :
v Nilai kesedaran.
v Contoh : rangkap pertama.
v Rangkap pertama memberi peringatan agar kita tidak mengikut hawa nafsu kerana apabila kita mengikut hawa nafsu,di kemudian hari kelak kita akan binasa.


v Nilai masyarakat yang membenci sifat meninggi diri dan sombong.
v Contoh : rangkap kedua.
v Rangkap ini menerangkan bahawa sifat tersebut tidak seharusnya di amalkan oleh sesiapa pun.

·        Perasaan sewaktu membaca pantun ini adalah menimbulkan rasa keinsafan atau kesedaran kepada saya agar tidak mengikut hawa nafsu serta mengamalkan sifat menyombong.

No comments:

Post a Comment