Thursday, September 11, 2014

NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI

MAKSUD GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

FUNGSI GURINDAM

Dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan . Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancrkan kreativiti dan estetika . Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka . Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . Terutama , dalam majlis-majlis yang formal .

_________________________________________________________________________________

NORMA-NORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI

Isteri cantik permainan mata ,
Isteri budiman tajuk mahkota .

Perempuan bagus suntingan dunia ,
Perempuan beriman sangat mulia .

Suami isteri harus sekata ,
Jauh segala silang sekata  

Suami tempat isteri bergantung , 
Kepadanya  serahkan nasib dan untung .

Jika suami tak berjati lurus 
Isterinya kelak menjadi kurus . 

Suami isteri tubuh yang dua ,
Sekata hendaknya sampai ke tua . 

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1
Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Memilih calon isteri yang sempurna bukan dinilai dari aspek kecantikan wajah. Kecantikan adalah sesuatu palsu pada pandangan mata. Kecantikan isteri juga bersifat sementara kerana kecantikan akan hilang mengikut masa. Isteri yang budiman adalah lebih sempurna kerana mampu menjadi suri rumah yang baik. Isteri budiman mempunyai kepimpinan yang tinggi untuk zuriatnya. Kedudukan isteri budiman berada di tempat yang tinggi sebagaimana kedudukan mahkota.

Rangkap 2
Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sangat mulia.

Perempuan yang dianggap baik bukan hanya dinilai pada kecantikan di dunia nyata sahaja. Jika sesuatu yang disunting tersebut adalah sekuntum bunga, maka ia akan layu akhirnya. Jika dikaitkan dengan diri manusia maka kecantikan perempuan tersebut akan semakin pudar apabila umur bertambah. Namun pilihan  yang paling penting ialah memilih perempuan dari aspek agama iaitu keimanannya. Kemuliaan seorang wanita adalah diukur dari sudut keimanan yang dimilikinya. Keimanan adalah kecantikan yang kekal abadi.

Rangkap 3
Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Hidup berumahtangga perlulah sependapat. Iaitu mempunyai cita dan pandangan yang sama. Pada waktu yang sama mestilah menjauhi perkara-perkara yang boleh mendatangkan pertelingkahan serta perselisihan pendapat.


Rangkap 4
Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib dan untung.

Suami adalah tempat bergantung harap, sebagai pelindung dan memberi nafkah. Apabila sudah berumahtangga, isteri bergantung penuh terhadap suaminya. Suami adalah penentu kebahagiaan hidup isterinya. Oleh itu jangan sia-siakan harapan isteri kita.


Rangkap 5
Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Kejujuran itu sangat penting dalam hidup berumahtangga. Suami mesti jujur supaya isteri tidak menanggung siksa kerana memendam perasaan. Akibat memendam rasa, isteri akan mungkin akan sakit dan semakin kurus.


Rangkap 6
Sungguh suami pegang kuasa,
Jika seorang ia binasa.

Suami mempunyai kuasa dan tanggungjawab besar terhadap keluarga. Kuasa tersebut adalah meliputi kuasa terhadap isteri, anak-anak, harta dan kuasa menceraikan isteri. Namun kekuasaannya tidak mungkin wujud dan dapat digunakan jika dia hidup bersendirian tanpa teman.


Rangkap 7
Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai [ke] tua.

Hidup berumahtangga adalah ibarat dua orang dalam satu tubuh. Maka mereka diharapkan sentiasa bermuafakat di antara keduanya sepanjang kehidupan berumah tangga. Suami dan isteri perlu berpakat dan mencapai persetujuan dalam segala tindakan. Contohnya mengurus rumah tangga, menjaga anak-anak yang telah mereka lahirkan sehigga anak-anak itu dewasa.

TEMA
  • Peranan suami isteri dalam sebuah rumah tangga


PERSOALAN

-Persoalan perlunya isteri yang cantik dan budiman untuk menjadi pasangan hidup.

-Persoalan perempuan yang beriman akan dimuliakan.

-Persoalan keperluan persefahaman kepada suami isteri untuk mengelakkan pergaduhan.

-Persoalan isteri menjadikan suami tempatnya bergantung hidup.

-Persoalan peranan suami dan isteri.

-Persoalan hidup suami isteri sampai tua.
CIRI-CIRI GURINDAM

Ø  Mempunyai 7 rangkap
Ø  1 rangkap  terdiri daripada 2 baris
Ø  1 baris terdiri daripada 4 hingga 5 patah perkataan
o   Conto 4 patah perkataan (rangkap 1 baris 1 )
Isteri cantik permainan mata
o   Contoh 5 patah perkataan (rangkap 4 baris 2 )
Kepadanya serahkan nasib dan untung

Ø  1 baris mempunyai 10 hingga 12 suku kata
o   Contoh 10 suku kata (rangkap 6 baris 1 )
sun/gguh/su/a/mi/pe/gang/ku/a/sa
o   Contoh 12 suku kata (rangkap 4 baris 2 )
Ke/pa/da/nya/ se/rah/kan/ na/sib/ dan/ un/tung/

Ø  Gurindam terikat dengan rima yang sama iaitu a-a
Ø  Merupakan satu kesatuam idea
Ø  Terdapat jeda dalam satu baris
   NILAI-NILAI ESTETIKA


*      Ansonansi
§  Pengulangan vokal a,e,i,o,u dalam ayat
§  Contoh : rangkap 1,pengulangan vokal a

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

*      Aliterasi
§  Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
§  Contoh : rangkap 1,pengulangan konsonen t

Isteri cantik permainan mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

*      Penggunaan bahasa arab
§  Contoh : rangkap 2 baris 2
Perampuan beriman sangat mulia.

*      Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
§  Contoh : rangkap 2 baris 1
Perempuan bagus suntingan dunia
§  Rangkap 6 baris 2
Jika seorang dia binasa

*      Metafora
§  Abstrak dan konkrit
§  Contoh : rangkap 5 baris 1
Jika suami tak berhati lurus
§  Rangkap 6 baris 1
Sungguh suami pegang kuasa

*      Sinkope
§  Singkatan ayat
§  Contoh : rangkap 5 baris 1
Jika suami tak berhati lurus


NILAI
-Nilai bertanggungjawab
-Nilai kasih-sayang
-Nilai homat-menghormati
-Nilai bertolak ansur
-Nilai memahami
-Nilai keimanan


Sunday, September 7, 2014

SYAIR IKAN TERUBUK

DEFINISI SYAIR 

Syair merupakan sejenis puisi berlaguSyair disampaikan dalam bentuk rangkap dan menjadi kegemaran masyarakat Melayu lama. Setiap rangkap dalam syair mengandungi sebanyak 4 baris dan kesemuanya membawa makna isi dan maksud yang ingin disaampaikan. Keempat-empat baris tersebut berirama sama.Syair juga sering membawa makna isi yang behubung dengan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama dan juga berasaskan sejarah atau dongen.

SYAIR IKAN TERUBUK

Bismillah itu permulaan kalam
Dengan nama Alllah khalik al-alam
Melimpahkan rahmat siang dan malam
kepada segala mukmin dan islam

mula dikarang ikan terubuk
lalai memandang ikan di lubuk
hatidan jantung bagai serbuk
laksana kayu dimakan bubuk

asal terubuk ikan puaka
tempatnya konon dilaut melaka
siang dan malam berhati duka
sedikit tidak menaruh suka

pagi dan petang duduk bercinta
berendam dengan airnya mata
kalbunya tidak menderita
kerana mendengar khabar berita

pertama mula terubuk merayu
berbunyilah guruh mendayu-dayu
senantiasa berhati sayu
terkenangkan puteri ikan puyu-puyu

puteri puyu-puyu kon namanya
di dalam kolam konon tempatnya
cantik menjelis barang lakunya
patutlah dengan budi bahasanya

koolamnya konon di Tanjung Padang
di sana lah tempat terubuk bertandang
pinggangnya ramping dadanya bidang
hancurlah hati terubuk memandang

muda menentang dari saujana
melihat puteri terlalu lena
hati di dalam bimbang gulana
duduk bercinta tiada semena

gundah gulana tiada ketahuan
lalulah pulang muda bangsawan
setelah sampai ke Tanjung Tuan
siang dan malam igau-igauan

setelah hari hampirkan senja
puteri siap hendak memuja
jika sungguh asal raja
disampaikan Allah barang disaja

berlimau mandi tuan puteri
lalulah masuk kedalam puri
meminta dia seorang diri
sampailah waktu dinihari

Ya Ilahi ,Ya Tuhanku
apakah sudah demikian laku
dengan berkat nenek moyangku
disampaikan dewata barang pintaku

selang tidak berapa antara
turunlah ribut dengan segera
kilat dan petir tidak terkira
datuk nenek turun dari udara

membawa sepohon batangnya pulai
datang dari Tanjung Balai
eloknya tidaklah ternilai
puteri melihat hairan terlalai

pulainya rendang dengan rampaknya
di tengah kolah terdiri dianya
sampailah waktu dengan janjinya
puteri melompat keatas pucuknya

dengan berkat segala aulia
perkataan puteri terhentilah ia
belum;lah sampai daya upaya
tiada pertemuan apakan daya

berlida menyahut sambil bercura
lemah lembut bunyi suara
puteri nin sudah naik udara
dengan bala segala tentera

pari pun kembali menghadap baginda
berdatang sembah lakunya syahda
dualat tuanku dule seripada
tuan puteri sudah tiada

sudah naik ke atas udara
belida gerangan punya bicara
kepada tuanku jangan ketara
silakan tuanku ke laut negara

demi baginda mendengar kata
tunduk berhamburan airnya mata
putuslah harap rasnya beta
belumlah lagi pertemuan kita

terubuk berenang lalu ke laut
sekalian ramai yang mengikut
hati di dalam terlalu kusut
bagaikan datang rasanya takut

kain putih bersampul pulih
pakaian anak raja perempuan
yang dicita tidaklah boleh
sudahlah nasib badanku tuan

anggur jabat tanaman Judah
tanam melati di jambangan
janganlah dijabat yang telah sudah
rosaklah hati yang berpanjangan

muda pun datang kepada tempatnya
hancur luluh rasa hatinya
sebab tak sampai bagai kehendaknya
duduk bercinta di dalam hatinya

MAKSUD SETIAP RANGKAP

 Rangkap 1:
Syair ini dimulakan dengan bacaan bismilah sebagai pembuka cerita dan seterusnya diikuti dengan memuji kebesaran Allah pentadbir sekalian alam semestayang sentiasa member rahmat siang dan malam kepada setiap umat Islam.

 Rangkap 2:
Syair ini menceritakan tentang ikan terubuk yang tidak menghiraukan keadaan sekeliling(kawasan pemerintahannya) kerana bersedih .

 Rangkap 3:
Sebenarnya ikan terubuk adalah ikan yang dianggap berhantu dan berasal dari laut Melaka. Ikan terubuk berada dalam kesedihan setiap waktu sehingga tidak ada keceriaan dihatinya.

 Rangkap 4:
Ikan terubuk sentiasa termenung dan bermuram dalam kesedihan kerana perasaanya resah gelisah apabila mengetahui adanya puteri yang cantik jelita.

 Rangkap 5:
Kisahnya bermula apabila ikan terubuk yang cuba memujuk rayu puteri ikan puyu-puyu, sehingga menyebabkan ikan terubuk sentiasa terkenangkannya.

 Rangkap 6:
Puteri tersebut dikenali sebagai Puteri puyu-puyu  yang tinggal di dalam sebuah kolam (air tawar) Memiliki rupa paras yang cantik, tingkah laku yang baik serta bersopan-santun.

 Rangkap 7:
Tempat tinggal sang puteri di Tanjung Padang. Pada suatu ketika ikan terubuk datang menziarahinya lalu jatuh cinta kerana kecantikan fizikal yang dimiliki oleh puteri ikan puyu-puyu.

 Rangkap 8:
Ikan terubuk mulai terkenang puteri puyu-puyu dari jauh hingga tidak terkata. Perasaannya diselubungi resah sehingga tidak keruan(tidak tentu arah jadinya)

 Rangkap 9:
Perasaan sedih kerana terkenangkan puteri puyu-puyu yang tidak menerimanya menyebabkan ikan terubuk (golongan bangsawan) pulang ke tempat asalnya di Tanjung Tuan. Siang dan malam ikan terubuk teringatkan tuan puteri.

 Rangkap 10:
Apabila menjelang waktu senja(petang) tuan puteri berdoa, sekiranya dia dari keturunan raja yang berdaulat muga Allah akan memakbulkan segala pemintaannya.

 Rangkap 11:
Upacara berdoa tersebut  dimulai dengan tuan puteri mandi berlimau membersihkan diri, seterusnya ke tempat beribadat. Tuan puteri berdoa sehingga waktu dinihari(subuh).

 Rangkap 12:
Doa tuan puteri dimulai dengan puji dan puja kepada Allah. Tuan puteri merintih akan nasib dirinya, dia juga bermohon untuk mendapat restu dari keturunannya agar doanya diperkenankan.

 Rangkap 13:
Tidak lama kemudian, suasana berubah, ribut , kilat dan petir sabung menyabung lalu turunlah nenek moyangnya dari kayangan.

 Rangkap 14:
Mereka membawa sepohon pokok pulai yang dibawa dari Tanjung Balai. Pokok pulai itu sangat cantik apabila tuan puteri menyaksikannya timbullah rasa kagum.

 Rangkap 15:
Pokok pulai itu sangat rending dengan banyak dahannya. Pokok pulai itu diletakkan ditengah-tengah kolah, apabila sampai waktu yang telah ditetapkan tuan puteri telah melompat ke atas pucuknya.

 Rangkap 16:
Dengan restu para wali (orang suci) tuan puteri tidak dapat berkata-kata, belumpun sempat berlaku apa-apa tuan puteri sudah tidak kelihatan lagi.

 Rangkap 17:
Ikan belida bersungguh-sungguh memaklumkan tentang kejadian tersebut di mana tuan puteri telah naik ke langit bersama dengan bala tenteranya.

 Rangkap 18:
Ikan pari telah datang mengadap Duli Baginda Seripada (ikan terubuk) memaklumkan tentang berita kehilangan tuan puteri puyu-puyu.

 Rangkap 19:
Ikan pari memaklumkan bahawa berita kehilangan tuan puteri naik ke udara datangnya daripada ikan belida. Dia berharap berita tersebut tidak akan menimbulkan keresahan kepada ikan terubuk. Lalu dia mempersilakan ikan terubuk ke laut Negara.

 Rangkap 20:
Apabila Raja Seripada mendengar berita tersebut dia berasa sangat sedih hingga menyebabkannya menitiskan air mata. Beliau berasa harapannya hampa kerana belum dia sempat dia bertemu tuan puteri, tuan puteri telah menghilangkan diri.

 Rangkap 21:
Ikan terubuk terus berenang ke lautan luas bersama dengan bala tenteranya, perasaannya diselubungi rasa serba salah sehingga timbul rasa takut(tidak berjumpa dengan tuan puteri) didalam hatinya .

 Rangkap 22:
Raja Seripada diselubungi rasa sedih kerana kehilangan tuan puteri yang dikasihinya. Begitulah nasib yang terpaksa dihadapinya.

 Rangkap 23:
Perasaan Raja Seripada terus dibayangi rasa sedih yang berpanjangan akibat kehilangan tuan puteri.

 Rangkap 24:
Raja Seripada kembali semula ke tempat asalnya , perasaan sedih yang teramat sangat kerana hasrat hatinya untuk mendapatkan tuan puteri tidak kesampaian perasaan sedihnya itu bersemandi di dalam kalbunya.

SINOPSIS

Syair simbolik/kiasan ini menceritakan tentang ikan terubuk yang berasal dari Tanjung Tuan di laut Melaka(Kerajaan air masin laut) telah jatuh cinta pandang pertama dengan tuan puteri ikan puyu-puyu yang berasal dari Tanjung Pandang (kerajaan air tawar). Ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada sentiasa terkenang akan tuan puteri ikan puyu-puyu yang cantik rupawan dan baik tingkahlaku serta bersopan-santun.
            Namun begitu, tuan puteri ikan puyu-puyu menolak hasrat hati ikan terubuk, menyebabkan ikan terubuk pulang ke Tanjung Tuan membawa hati yang lara. Tuan Puteri puyu-puyu tidak berminat dengan ikan terubuk lalu dia berdoa kepada tuhan agar diberi jalan untuk tidak bersama dengan ikan terubuk. Lalu berlakulah peristiwa aneh, angin ribut berserta kilat dan petir sabung-menyabung dan akhirnya sebatang pokok pulai tumbuh ditengah kolah puteri puyu-puyu. Tuan puteri puyu-puyu telah melompat ke atas pucuk pokok pulai dan hilang lenyap diudara.
            Berita kehilangan puteri puyu-puyu di udara bersama dengan bala tenteranya telah disampaikan oleh ikan belida kepada ikan pari. Berita tersebut telah dipanjangkan pula kepada ikan terubuk yang digelar sebagai Duli Seripada. Apabila mendengarnya, dia berasa amat sedih kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.
            Ikan terubuk dan bala tenteranya terus pergi mencari di lautan luas, namun segala usahanya sia-sia sahaja kerana tuan puteri puyu-puyu sudah tiada. Ikan terubuk akhirnya mengambil keputusan untuk kembali ke tempat aslanya dengan kecewa kerana hasratnya untuk memiliki tuan puteri puyu-puyu tidak kesampaian.

CIRI-CIRI SYAIR

Fakta ; Terdiri daripada empat baris serangkap
Huraian ; Kesemua 24 rangkap terdiri daripada 4 baris
Contoh ; Bismillah itu permulaan kalam,
Dengan nama Allah khalik al-alam
Melimpahkan rahmat siang dan malam,
Kepada segala mukmin dan Islam.
          
Fakta ; bilangan patah perkataan
Huraian ; Keseluruhan syair mempunyai 3 higga 5 patah perkataan
ContoH > 3 patah perkataan-rangkap 14 baris 3 :
Eloknya tidaklah ternilai
Ø  5 patah perkataan-rangkap 6 baris 2
Di dalam kolam konon tempatnya

Fakta ;  Bilangan suku kata
Huraian ; Mempunyai suku kata antara 8 hingga 13 suku kata
Contoh  >  8 suku kata-rangkap 14 baris 2
Da/tang /da/ri /Tan/jung/ Ba/lai
Ø  13 suku kata-rangkap 16 baris 2
Per/ka/ta/an/ pu/te/ri/ ter/hen/ti/lah/ ia

Fakta ; Rima akhirnya
Huraian ; Rima akhir syair ini tetap iaitu a-a-a-a
Contoh ; Mula dikarang ikan terubuk,
               Lalai memandang ikan di lubuk,
               Hati dan jantung bagai serbuk,
               Laksana kayu dimakan bubuk.

FUNGSI KARYA
*Sebagai hiburan
*Alat menyampaikan pengajaran
* Alat Sindiran

GAYA BAHASA
Fakta ; Penggunaan bahasa asing
Huraian ; Penggunaan bahasa arab dalam syair
Contoh ; Rangkap 1 baris 1-bismillah
Rangkap 1 baris 2-khalikal-alam
Rangkap 1 baris 3-rahmat
Rangkap 1 baris 4-mukmin dan islam
Rangkap 12 baris 1-Ya Ilahi


Fakta ; Metafora
Huraian ; Penggunan unsur abstrak dan konkrit dalam ayat
Contoh ; Rangkap 20 baris 2
Rangkap 22 baris 1

FaktA ; Hiperbola
Huraian ; Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Contoh ; Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 4 baris 1-pagi dan petang duduk bercinta
Rangkap 15 baris 4-puteri melompat ke atas pucuknya


Fakta ; Personafikasi
Huraian ; Sifat manusia yang diberi pada objek atau benda
Contoh ; Rangkap 13 baris 2-turunlah rebut dengan segera
Rangkap 15 baris 3-sampailah waktu dengan janjinya
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut


Fakta ; Simile
Huraian ; Perbandingan setara yang menggunakan perkataan seperti,bak,umpama,bagai
Contoh ; Rangkap 2 baris 3-hati dan jantung bagai serbuk
Rangkap 21 baris 4-bagaikan datang rasanya takut


Fakta ; Kata ganda berirama
Huraian ; Kata yang digandakan dengan penambahan imbuhan atau perubakan kata
Contoh  ; Rangkap 9 baris 1-gundah gulana tidak keruan
Rangkap 9 baris 4-siang dan malam igau-igauan
Rangkap 16 baris 3-belumlah sampai daya upaya

Tema
 Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca dari perbezaan status .

Persoalan

·         Persoalan percintaan .
Huraian ,Percintaan yang melibatkan perbezaan status / darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan tersebut.
Contohnya,Percintaan yang melibatkan ikan terubuk yang berasal dari kerajaan air masin dengan puteri ikan puyu-puyu dari kerajaan air tawar.


·         Persoalan Pengharapan pada yang Esa./Doa
 Huraian , Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa,
Contohnya, Puteri ikan puyu-puyu berdoa kepada Allah  agar dia tidak dipertemukan dengan Ikan teubuk.


·         Persoalan tentang kerinduan
Huraian ,Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan perasaan jadi resah dan gelisah.
 Contohnya,Ikan Terubuk yang sentiasa terkenangkan puteri ikan puyu-puyu sehingga menyebabkannya sedih dan gelisah.


·         Persoalan tentang kedaulatan. (keluarga raja)
 Huraian ,Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri.
Contohnya,Puteri ikan puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak dipertemukan dengan ikan terubuk, maka berlaku perkara aneh pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.


·         Persoalan tentang kejadian luar biasa / aneh
 Huraian ,Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa apabila berdepan dengan sesuatu keadaan.
 Contohnya apabila Tuan Puteri puyu-puyu menyeru nenek moyangnya, maka berlakulah kejadian ribut diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang berdaulat.


·         Persoalan tentang kecantikan golongan bangsawan.
Huraian ,Golongan bangsawan sering digambarkan memiliki wajah yang cantik , contohnya tuan puteri puyu-puyu dikatakan memiliki wajah yang cantik,
Contohnya Cantik mejelis barang lakunya.


·         Persoalan keelokkan tingkah laku golongan bangsawan
Huraian ,Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi perkerti hingga memikat hati orang yang melihatnya.
Contohnya Tuan Puteri puyu-puyu dikatakan tingkah laku yang baik.


·         Persoalan tentang putus asa / kecewa
 Huraian , Apabila berdepan dengan kegagalan dalam percintaan, perasaan putus asa dan kecewa sering menghantui diri.
Contohnya ikan terubuk yang gagal dalam percintaannya dengan puteri puyu-puyu sering termenung dan berada dalam gundah gulana

Sarwajagat(pemikiran masyarakat)


1.         Perbezaan darjat/keturunan
Boleh membawa kegagalan dalam percintaan sebagaimana yang berlaku ke atas ikan terubuk yang gagal memiliki cinta puteri puyu-puyu kerana berbeza dari segi darjat, ini kerana ikan terubuk berasal dari kerajaan laut manakala puteri puyu-puyu dari kerajaan air tawar.

2.         Keagungan tuhan      
Dalam sebarang urusan yang hendak dilakukan , keizinan dari tuhan hendaklah dipohon    bagi memudahkan sebarang kerja yang hendak dilakukan. Sebagaimana yang dilakukan oleh Puteri puyu-puyu yang bermohon dari tuhan untuk memudahkan urusannya menolak   ikan terubuk.

3.         Konsep daulat.
Daulat merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh seseorang pemerintah atau raja yang mana akan membolehkan seseorang pemerintah atau raja yang berdaulat dapat apa yang dihajatinya. terbukti apabila Puteri Puyu-puyu mendapat apa yang dihajatinya iaitu tumbuhnya pokok pulai yang digunakan untuk menghilangkan diri.

4.         Kejadian luar biasa.
Kejadian aneh yang berlaku yang dikaitkan dengan kedaulatan seseorang pemerintah .  Pemerintah atau raja yang berdaulat sering akan berlakunya kejadian aneh. Dalam syair  ikan terubuk kejadian aneh yang berlaku ialah ribut, kilat dan petir sabung-menyabung menandakan kedaulatan seseorang raja.

Nilai kemanusiaan:

            i.          Nilai kasih sayang
            ii.         Keberanian
            iii.        Kegigihan
            iv.        Keyakinan


Nilai kemasyarakatan
           
            i.          Kerjasama
            ii.         Kesetiaan kepada pemerintah


Nilai kepercayaan

            i.          Kepercayaan tentang ikan terubuk adalah ikan yang memiliki roh jahat.
            ii.         Kepercayaan terhadap kejadian luar biasa



Nilai Keagamaan

            i.          Memuliakan Tuhan sebagai pentadbir alam
            ii.         Limpahan rahmat untuk semua makhluk.