1. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan
jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
Anak dipijak dagang dijinjing
Kucing
dibunuh tikus dibela
Harta
habis bawaan tergadai
Mendengar
gelagak dagang
Tak
sedar bertelanjang
Mendengar
guruh di langit
Air
di tempayan dicurahkan
Mulut
kena suap pisang
Buntut
kena cangkuk onak
Gunting
makan di hujung
Pak
Pandir juga yang menanggung
Apa
didengar gelagak dagang
Gelagak
rambutan jantan
Orang
berbunga, dia berbunga
Orang
berbuah, dia haram
Kilat
memancar hujan tak jadi
Awak
juga berkecundangan.
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2012.
Permata
Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan
Pustaka, halaman 11)
(a) Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan
ciri-cirinya [7]
(b) Jelaskan unsur kritikan sosial yang terdapat
dalam puisi
tersebut [12]
(c) Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi
di
atas [6]
_________________________________________________________________________
Skema Jawapan.
(a) Jenis puisi : Seloka Pak
Pandir [1]
Ciri-ciri seloka
F1 : Dari
segi bentuk.
H/C :
Tergolong sebagai puisi bebas/tidak terikat seperti pantun dan syair. Bebas
dari segi rangkap, jumlah baris
dalam rangkap, jumlah kata dan sukukata dalam sebaris dan
rima akhir.Contoh:
Rima
akhir seloka tidak tetap atau bebas, iaitu a-b-c-a-a-d-e-a-f-a-a-a-e-b-g-c-e.
F2 :Dari segi
tema/isi/persoalan.
H/C :Seloka Pak Pandir merupakan puisi
yang merujuk kepada suatu bentuk sindiran/kritikanterhadap
sikap masyarakat yang bersifat tamak serta
mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga. Sebaliknya lebih
mengutamakan orang lain/luar yang baru dikenali.
Anak
dipijak dagang dijinjing
Kucing
dibunuh tikus dibela
F3 : Rima akhir
H/C : Rima akhir seloka berbentuk
bebas dan tidak terikat dengan pantun dan syair.
Anak
dipijak dagang
dijinjing -a
Kucing
dibunuh tikus dibela -b
Harta
habis bawaan tergadai -c
Mendengar
gelagak dagang -a
Tak
sedar
bertelanjang -a
Mendengar
guruh di langit -d
Air
di tempayan dicurahkan -e
Mulut
kena suap pisang -a
Buntut
kena cangkuk onak -f
Gunting
makan di hujung -a
Pak
Pandir juga yang menanggung-a
Apa
didengar gelagak
dagang -a
Gelagak
rambutan jantan -e
Orang
berbunga, dia berbunga-b
Orang
berbuah, dia haram -g
Kilat
memancar hujan tak jadi-c
Awak
juga berkecundangan -e
F4 :
Dari segi bahasa.
H/C :Seloka
banyak menggunakan kias ibarat/peribahasa/kiasan; bahasa yang
estetik/indah; perulangan kata dan satira.
|
Mendengar
guruh di langit
Air
di tempayan dicurahkan
|
Mulut kena suap
pisang
Buntut kena cangkuk
onak
F5 : Dari
segi peranan/fungsi
H/C : Seloka bertujuan untuk
memberi panduan supaya berpada-pada dalam
melakukan kebaikan,
seperti kata pepatah, “Buat baik berpada-pada, buat jahat
jangan sekali.”Berbuat baik kepada seseorang harus
dilakukan secara sederhana sahaja.
F6 :
Lain-lain ciri seperti jumlah baris, jumlah perkataan, jumlah suku kata dalam
baris boleh
diterima sebagai fakta jawapan
Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1
markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 3 markah = 6
markah
b). Jelaskan
unsur kritikan sosial dalam puisi
F1 :Menyindir/mengkritik/menempelak
individu atau masyarakat yang lebih mengutama/mementingkan
orang luar/dagang yang baru dikenali berbanding dengan anak
atau keluarga sendiri.
H/C :Mereka lebih menutamakan orang
lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat baik
kepada orang lain sehingga mengabaikan tanggungjawabnya terhadap
orang
yang berada di
bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya.
Anak
dipijak dagang dijinjing
Kucing
dibunuh tikus dibela
F2 :Menyindir
/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah
terpedaya dengan janji manis dagang yang
baru dikenalinya.
H/C :
Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata
untuk mengambil hati kerana terpedaya
dengan gelagat dagang sehingga mereka
tidak menyedari bahawa mereka telah
diperbodohkan oleh dagang tersebut.
Harta
habis badan tergadai
Mendengar
gelagat dagang
Tak
sedar bertelanjang
F3 : Menyindir/mengkritik/menempelak
masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga
sanggup menghabiskan harta yang sedia ada.
H/C : Oleh kerana terlalu
mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai,
mereka sanggup melakukan tindakan secara
terburu-buru tanpa berfikir secara rasional,
iaitu mereka
sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia
mereka miliki.
Mendengar
guruh di langit
Air
di tempayan dicurahkan
F4 :
Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang
sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri.
H/C : Golongan
ini sentiasa mencari peluang dan pandai mengambil
kesempatan dari kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan
semata-mata untuk mengaut keuntungan tanpa memikirkan
nasib orang lain.
Mulut
kena disuap pisang
Buntut
kena cangkuk onak
F5 :
Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang malas
bekerja dan ingin bersenang-lenang
H/C :
Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan
penyesalan yang tidak berkesudahan, kerana
apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
Kilat
memancar hujan tak jadi
Awak
juga berkecundangan.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2
markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12
markah
c). Huraikan
gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas
F1 :
Asonansi.
H/C :Perulangan
bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar:
Anak
dipijak dagang dijinjing-perulangan
vokal ‘I’ (Baris 1)
Kilat
memancar hujan tak
jadi-perulangan vokal ‘a’ (baris 16)
F2 :
Aliterasi.
H/C :Perulangan
bunyi konsonan dalam baris-baris puisi secara mendatar.
Buntut kena
cangkuk onak-perulangan
konsonan ‘k’ (Baris 4)
Orang berbunga
dia berbunga-perulangan konsonan
‘b’ (Baris 14)
F3 :
Anafora.
H/C :Perulangan
kata di awal baris secara berturutan
Orang berbunga,
dia berbunga(Baris 14)
Orang berbuah,
dia haram (Baris 15)
F4 :
Perulangan kata dalam baris.
H/C :
Perkataan yang sama diulang dalam baris yang sama.
Orang berbunga,
dia berbunga (Baris 14)
F5 :
Perulangan kata di tengah baris.
H/C :
Perkataan yang sama diulang di tengah baris secara berurutan.
Mulut kena suap
pisang (Baris 8)
Buntut kena cangkuk
onak (Baris 9)
F6 :
Peribahasa.
H/C :
Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan
mengandungi pengertian
yang tertentu.
Mendengar
guruh di langit (Baris 6)
Air
di tempayan di curahkan (Baris 7)
Mulut
kena suap pisang ( Baris 8)
Buntut
kena cangkuk orang (Baris 9)
F7 :
Citra.
H/C :
Imejan/ gambaran tentang sesuatu diambil dari sumber alam atau alam sekeliling.
Pasir,
batu, balam, ayam kundur, labu dll.
Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah
fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6
markah
3. Hang Tuah
merupakan tokoh epik yang terkenal dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu.
Berdasarkan kenyataan tersebut:
(a) Bincangkan
sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik
(b) Terangkan
kepentingan tokoh Hang Tuah kepada diri anda
Skema Jawapan
(a) Bincangkan
sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik
F1 : Berani
menanggung risiko dan tidak takut mati/tidak gentar menghadapi bahaya.
H/C : Hang Tuah adalah seorang tokoh
yang terkenal dibidang kepahlawanan dan tiada tolok bandingnya,
serta mempunyai kekuatan dan keberanian yang luar biasa. Ketika
berada di Majapahit mengiringi raja Melaka
untuk meminang dan berkahwin dengan puteri
Betara Majapahit, Hang Tuah
menunjukkankan sifat beraninya apabila dia menyahut
cabaran dan
bertarung dengan semua perajurit Majapahit termasuk berjaya membunuh
Taming Sari.
F2 :
Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu helah (muslihat atau tipu daya).
H/C : Ketika berada di Majapahit,
Hang Tuah memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi sebarang
masalah, terutama rancangan-rancangan Betara Majapahit dan Patih
Gajah Mada menguji kekuatan atau kehandalan Hang Tuah
dan percubaan untuk membunuhnya. Dengan
kebijaksanaan akal yang ada pada Hang Tuah, kesemua
cubaan atau
ujian tersebut berjaya di atasi dengan mudah. Contoh, Hang Tuah menggunakan
tipu helah
untuk membunuh Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal untuk mengatasi kehandalan
Taming Sari, Kerana Taming Sari memiliki keris yang berkuasa ajaib
dan istimewa yang menyebabkan tubuhnya kebal dan tidak
lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah memperdaya
Taming Sari dengan mengajaknya bertukar-tukar keris
kerana dia tahu kekuatan Taming Sari terletak pada
keris tersebut. Tipu helah ini dibuat
oleh Hang
Tuah bertujuan untuk memperdayakan dan seterusnya mendapatkan keris
Taming Sari. Tun Tuah mengajak Taming Sari bermuafakat
untuk sama-sama mengamuk. Mereka akan
bertindak membunuh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.
Kemudian Taming
Sari akan dilantik menjadi Betara Majapahit dan Tun Tuah pula akan
memegang jawatan sebagai Patih Gajah Mada.
Taming Sari terpedaya dengan pelawaan Tun
Tuah lalu
bertukar –tukar keris dengan Tun Tuah. Akhirnya Taming berjaya dibunuh oleh
Tun Tuah.
F3 : Kesetiaan
untuk sentiasa menjaga keselamatan rajanya.
H/C : Hang Tuah
mempunyai sifat kesetiaan yang ideal, kesetiaaan yang tidak berbelah
bagi, kesetiaan
yang luar biasa, malah dia sanggup menyerahkan seluruh
jiwa dan raganya semata-mata
untuk raja Melaka. Tun Tuah memegang prinsip
‘Pantang Melayu Derhaka Kepada Tuannya’. Ketika berada di
Majapahit, Tun Tuah telah
menggunakan sifat kepahlawan
dan kebijaksanaan akal untuk menjaga maruah dan keselamatan
raja Melaka daripada
dihina oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada demi
kesetiaannya kepada
raja Melaka. Jika terjadi sesuatu perkara yang memalukan,
sudah tentu
akan memberi aib kepada raja dan
negeri Melaka. Apabila berhadapan dengan musuh, hanya yang ada dalam fikiran
Hang Tuah ialah dia perlu menjaga maruah dan nama
baik rajanya. Oleh kerana
konsep kesetiaan ini ada pada diri Hang Tuah menyebabkan
dia sering mendapat kekuatan
dalaman menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua musuhnya.
Contoh, Hang Tuah berjaya membunuh Taming Sari,
dan berjaya menggagalkan
segala
cubaan atau ujian
yang dilakukan oleh Betara Majapahit
dan Patih Gajah Mada untuk
menjatuhkan maruah raja dan negeri Melaka.
F4 :
Memperlihatkan sifat luar biasa , iaitu pandai dalam ilmu firasat .
H/C : Hang Tuah juga mahir dalam
ilmu firasat, iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan
dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu
yang melibatkan perasaan hati akan terjadi sesuatu sesudah melihat gejala tertentu. Contoh,
melalui tilikannya , keris yang dimiliki oleh Taming Sari mempunyai kuasa
ajaib dan Hang
Tuah percaya selagi keris tersebut berada di tangan Taming Sari,
tubuhnya tidak
akan lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah berjaya memperdaya
Taming Sari melalui helahnya mengajak
Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar
keris dengannya. Dengan
tipu helah tersebut Hang Tuah berjaya memperolehi keris
tersebut dan
akhirnya berjaya membunuh Taming Sari.
F5 : Ketangkasan
dan kecekapan bermain senjata.
H/C : Hang Tuah adalah seorang
tokoh pahlawan yang cekap dan mahir bermain senjata. Ilmu ini diperolehi
oleh Hang Tuah setelah berguru dengan beberapa orang guru .
Antara gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung
Wirana Pura Majapahit dan Aria Putera
di Bukit Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan
kecekapan Hang Tuah bermain
senjata terbukti
ketika berada di Majapahit . Contoh, Hang Tuah berjaya mengelakkan
tikaman dan berjaya membunuh perajurit-perajurit
Majapahit, termasuklah Taming Sari,
sehingga dikagumi
oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.
F6 :Lain-lain
sifat Tun Tuah sebagai tokoh epik ialah mahir bermain senjata dan
pandai dalam ilmu
persilatan, sanggup berkorban, bersifat patriotisme, iaitu semangat
cinta untuk merpertahankan
kedaulatan negara dan lain-lain.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2
markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 4 markah = 16
markah
(b) Terangkan
kepentingan tokoh Hang Tuah kepada diri anda.
F1 : Dapat
menguatkan semangat sifat taat setia dalam diri sebagai suatu pegangan.
H/C : Sifat taat
setia ini penting dijadikan sebagai suatu
pegangan dalam semua
aspek kehidupan
kita, sama ada dari segi pemikiran atau tindakan. Contoh, ketika berada
di Majapahit, Hang
Tuah sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya
demi menunaikan perintah raja dan
membuktikan ketaatan dan keselamatan raja Melaka. Sifat taat
setia ini terkesan untuk saya untuk menjadikan sifat ini sebagai suatu ikutan
dan pedoman dalam kehidupan dalam
melakukan sesuatu, serta menghindarkan diri daripada melakukan
pengkhianatan.
F2 : Dapat
menjadikan contoh teladan tentang kepahlawanan dan keberanian wira.
H/C : Sifat kepahlawanan dan
keberanian Hang Tuah dapat membangkit (
melahirkan)dan menanam sifat
keberanian dalam diri saya dalam menghadapi sesuatu situasi yang
penuh mencabar. Contoh, ketika berada di Majapahit mengiringi
raja Melaka
meminang puteri Betara
Majapahit, Hang Tuah sanggup menghadapi segala rancangan
untuk menguji
kekuatannya sebagai pahlawan dan cubaan untuk membunuhnya
dengan semangat
keberanian yang ada padanya, termasuk bertarung dengan perajurit
Majapahit yang paling handal, iaitu Taming Sari. Dengan
adanya sifat keberanian dalam
diri menyebabkan
saya sanggup menghadapi
apa juga situasi yang boleh
membahayakan diri saya. Sebaliknya
dengan berbekalkan semangat keberanian, saya
sanggup menghadapi apa juga situasi dalam usaha untuk
memperjuangkan hak dan
maruah diri,
bangsa dan negara daripada segala ancaman musuh.
F3 : Dapat
memupuk dan menanam semangat patriotik dalam diri
H/C : Hang Tuah memang
terkenal dengan semangat patriotismenya, iaitu semangat cintakan watan
atau negaranya walaupun di mana dia berada dan semangat patriotik ini
sudah sebati bertapak dalam jiwanya. Dengan
berbekalkan sifat patriotik yang kental,
Hang Tuah
tidak mudah terpedaya dengan elemen-elemen yang cuba memesong
semangat patriotismenya. Contoh, ketika berada di
Majapahit,Hang Tuah melaksanakan
tugasnya sebagai
pengiring raja untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka. Saya
juga terkesan dan bertanggung
jawab untuk menyemai dan memupuk semangat
patriotisme dalam diri agar saya dapat
menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara.
F4 : Dapat
menaman kemahiran ilmu persilatan
H/C : Kemahiran Hang
Tuah dalam ilmu persilatan memang tidak boleh disangkal lagi
dan telah menjadi pedoman dan ikutan dalam
diri saya. Hang Tuah berjaya menguasai ilmu persilatan
secara zahir dan batin. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah
melalui perguruannya dengan beberapa orang guru,
termasuklah Sang Persata Nala dan Aria Putera
sehingga berjaya menjadi pahlawan terkenal dan sukar dan sukar
ditandingi. Contoh,
ketika berada di Majapahit hang Tuah berjaya mengalahkan semua
perajurit Majapahit
termasuklah Taming Sari. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu
persilatan berjaya
memberi dorongan dan ikutan kepada saya untuk menguasai dan mewarisi
ilmu tersebut
dalam usaha untuk mempertahan dan menjaga diri, maruah bangsa dan negara.
F5: Kebijaksanaan
F6: Ilmu
kebatinan dan lain-lain
Pilih 3
isi sahaja
1 isi = 3 markah (1
markah Fakta, 2 markah Huraian)
3 isi x 3 markah = 9
markah
Soalan 4:
4. Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala
isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan
aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan
janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan
huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas
tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan
sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik
dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin.
Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”
(Dipetik
daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(a) Nyatakan lima amanat yang terdapat
dalam petikan di atas. [5]
(b). Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat
Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, huraikan
4 peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam Dirimba mengalahkan
gergasi. [ 8 ]
(c) Jelaskan nilai kemanusiaan yang terdapat pada
watak Tuan Syeikh Alam Dirimba [ 12 ]
______________________________________________________________________________
SKEMA PEMARKAHAN
a) Lima Amanat
F1 : Hendaklah
bermuafakat antara satu sama lain
F2 : Jangan
aniaya menganiaya antara satu sama lain
F3 : Janganlah
elat / menipu / pembohong
F4 : Jangan
dengki antara satu sama lain
F5 : Jangan
berbuat fitnah kepada orang lain.
Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 1 markah
5 isi x 1 markah = 5
markah
b) Empat peristiwa
bagaimana Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengalahkan Raksasa
F1: Tuan
Syeikh Alam pergi ke Sungai Tinam tempat raksasa dan mengarahkan isi rimba
mencari
rotan untuk membuat simpai ( gelung rotan )
F2: Tuan
Syeikh Alam mengarahkan isi rimba bersembunyi dan segera datang apabila
mendengar
beliau bertempik
F3: Tuan
Syeikh Alam menghidupkan api untuk membakar ikan dan apabila ditegur oleh
raksasa,
dia membuat helah dengan mengatakan untuk menyimpai tubuhnya yang
sakit
F4: Raksasa
mengatakan tubuhnya sakit dan meminta simpai untuk berubat tetapi Tuan
Syeikh
Alam mendakwa simpai itu ubat pesaka peninggalan nenek moyangnya.
F5: Raksasa
meminta ikan daripada Tuan Syeikh Alam tetapi tidak diberi dengan alasan
tidak
elok makan ikan sebelum berubat.
F6: Tuan
Syeikh Alam memasukkan simpai pada kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua
kali
sehingga raksasa tidak dapat bergerak lagi.
F7: Tuan
Syeikh Alam merenung muka dan kemudian mencakar mata raksasa sehingga
pecah
F8: Kemudian
Tuan Syeikh Alam bertempik menyebabkan semua isi rimba datang dan
terkejut
melihat keadaan raksasa yang sedemikian rupa.
F9: Akhirnya
raksasa mati ditendang dan diterajang (disiksa ) oleh semua isi rimba.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah
4 isi x 2 markah = 8
markah
c) Nilai
kemanusiaan
F1: Bijaksana / cerdik
/ panjang akal
H/C: Tuan Syeikh Alam pandai membuat
helah iaitu dengan menggunakan simpai
dikatakan untuk berubat bagi menghilang rasa sakit
sehinggakan raksasa tertipu dan tidak dapat bergerak lagi yang
akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba.
F2: Berani
H/C: Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh
kecil tetapi berani berhadapan dengan
raksasa yang bertubuh
besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti
Sang Beruang, Sang Seladang, Harimau
dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila melihat
raksasa.
F3: Bertanggungjawab
H/C: Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan
tanggung jawabnya sebagai Raja di-Rimba apabilamenolong isi rimba yang dianiaya
oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh
raksasa melalui tipu muslihat agar keadaan
rimba kembali aman.
F4: Prihatin
H/C: Tuan Syeikh Alam sebagai Raja
di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala
isi rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh
raksasa. Oleh itu apabila mendapat pengaduan
daripada isi rimba dia berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa.
F5: Gagah perkasa
H/C: Tuan Syeikh Alam dikatakan mendapat
kekuatan daripada baginda Ali membolehkannyaberjaya mengalahkan raksasa yang
bertubuh besar panjang.
F6: Suka berterus
terang
H/C: Tuan Syeikh Alam mengatakan bahawa tubuh
badak yang luka-luka dan comot-comot bukan
perbuatan raksasa seperti yang di dakwa badak tetapi kerana dikaitkan onak
ketika melarikan diri menyebabkan Sang Badak malu
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah
( 1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh )
4 isi x 3 markah = 12
markah
6. Baca
petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
ASIAH SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya denar tapak kaki abang.
Saya dengar
dehem abang. Saya
rasa hampirnya abang dengan saya. Saya rasakan nafas abang yang
hangat itu. Nafas abang
yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang menyelimutkan
saya dalam rindu dan
berahi.
MARGA TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani
kegilaanya. Dia luar biasa – malah istemewa, kalian akan tahu
nanti – dia perempuan yang cerdik – atau
mungkin juga
terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang waras, kata orang ! Saya
tak kata begitu. Tunggu, dengar apa katanya…
ASIAH SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam
saya janjikan dulu. Di bawah tiang lampu ini, sewaktu
senja begini, ketika lembayung dan cahaya
matahari yang berbaki macam manik-manik yang
berturutan – lalu meninggalkan warna kemilau yang
indah, saya akan tetap menunggu abang.
(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(a). Siapakah
watak abang dalam petikan di
atas. [
1 ]
(b). Nyatakan
dua perwatakan Asiah Samiah dalam petikan di
atas. [
4 ]
(c). Galurkan empat peristiwa
uang menyebabkan Asiah Samiah menjadi tidak siuman[ 8 ]
(d). Jelaskan empat mesej
yang terkandung dalam drama Asiah
Samiah [12]
______________________________________________________________________________
Skema Pemarkahan
a). watak abang (
1m)
ialah
Anas
Samanda
(1
markah)
b). Nyatakan
dua perwatakan Asiah Samiah (4m)
F1: Luar
biasa
F2: Istimewa
F3: Cerdik
F4: Setia
F5: Kurang
waras
F6: Sasterawan
/ pandai berbahasa
c). Galurkan
empat peristiwa
F1: Hubungan
Asiah Samiah dengan Anas Samanda mendapat tentangan daripada
ibu bapa
Asiah Samiah kerana mereka berdua tidak setaraf.
F2: Misa
Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah berkenan
melihat kecantikan
Asiah Samiah.
F3: Kedua-dua
ibu bapa Asiah Samiah menerima lamaran Misa Sagaraga
biarpun Asiah
Samiah sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana
kekayaan, pengaruh
dan kuasa yang ada pada Misa Sagaraga.
F4: Asiah
Samiah meminta bantuan Sari Saribiru untuk berbuat sesuatu
bagi menyelesaikan
masalahnya tetapi ditolak kerana takut dengan tindakan yang
akan diambil
oleh Tuan Setiawan Tanjung.
F5: Anas
Samanda pula telah meninggalkan Asiah Samiah sewaktu
dia memerlukannya
kerana menyertai gerakan perjuangan mempertahan hak.
F6: Asiah
Samiah juga turut meminta bantuan Marga Muda bagi
membantunya mencari
jalan penyelesaian tetapi Marga Muda tidak dapat berbuat apa-apa
kerana takut
dengan pengaruh dan kuasa yang dimiliki oleh Misa Sagaraga.
F7: Asiah
Samiah dan Misa Sagaraga telah berkahwin walaupun tanpa kerelaanya
dan dia
telah diperlakukkan dengan ganas dan kejam pada malam pertama perkahwinannya.
F8: Asiah
Samiah berasa tertekan dengan apa yang terjadi, menyebabkan dia
terlintas untuk
membunuh diri tetapi dia masih percayakan agama.
F10: Asiah
Samiah juga mahu membunuh Misa Sagaraga tetapi hasratnya
tidak diteruskan
kerana bimbang keselamatan anggota keluarganya.
F11: Asiah
Samiah akhirnya memberanikan diri dan bertindak lari dari rumah
Misa Sagaraga
pada malam itu juga.
F12: Selepas
12 hari melahirkan Laila Anurisah yang tidak dapat diterimanya
Asiah Samiah
seperti orang hilang ingatan, ketawa, berteriak dan menyanyi.
Pilih 4 peristiwa sahaja
1 peristiwa = 2 markah
4 peristiwa x 2 markah = 8 markah
c). Mesej
dalam drama
F1: Kekayaan
, pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan
H/C: Perkahwinan
yang hanya berlandaskan materialistik tidak menjanjikan
kebahagian, Perkahwinan
Asiah Samiah yang dipersetujui oleh Tuan Setiawan Tanjung
dan Puan Suari Alimin hanya kerana
Misa Sagaraga memiliki segala-galanya tetapi ditolak
oleh Asiah Samiah yang tidak menilai itu semua.
F2: Ketidakadilan
sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran
dalam memilih
pasangan hidup.
H/C: Kedua-dua ibu
bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda
kerana menganggap Anas Samanda tidak setaraf dengan
mereka kerana Anas Samanda hanyalah
anak seorang
petani yang miskin yang tidak akan membahagiakan Asiah Samiah.
F3: Perlu
menghormati dan akur dengan kehendak orang tua
H/C: Anak-anak
sewajarnya menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk
kebaikan mereka. Asiah Samiah biarpun tidak setuju
dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi kerana menghormati
dan menyayangi kedua-dua orang tuanya
dia akhirnya akur
dengan kehendak mereka untuk berkahwin dengan Misa Sagaraga.
F4: Kita
hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada
kanak- kanak.
H/C: Simpati dengan nasib yang menimpa
Laila Anurisah yang dibuang oleh
Misa Sagaraga
kerana menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda
telah mengambil
Laila Anurisah dan menjaganya serta mencarikan Asiah
Samiah untuknya.
F5: Hendaklah
amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
H/C: Marga Muda
telah mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun
dan dia tidak
pernah merungut dan sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang
diberikan kepadanya malah dia juga sanggup melakukan apa sahaja yang
disuruh oleh majikannya.
F6: Keprihatinan
dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada
anggota masyarakat.
H/C: Anggota
masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengambil
perhatian terhadap apa yang berlaku, Siti
Bunirah dan Pak Leh Lak Lak prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap
apa yang menimpa Laila Anurisah, mereka berdua telah menjaganya
kerana Asiah Samiah tidak siuman.
F7: Sikap
terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah
H/C: Terburu-buru
membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif,
Asiah Samiah yang
bertindak melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak dapat menerima
apa yang berlaku ke atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan
dan menyebakan dia menjadi tidak siuman.
F8: Pendidikan
amat penting dalam kehidupan
H/C: Tuan Setiawan
Tanjung amat mementingkan pendidikan biarpun Asiah Samiah
tidak dibenarkan bergaul bebas,
tetapi dia tetap memberi pendidikan yang sempurna
menerusi khidmat
guru yang datang mengajar di rumahnya, termasuklah Marga Muda yang
dibayar sebagai munsyi.
F9: Maruah
dan hak perlu dipertahankan.
H/C: Gambaran
tentang kedudukan seseorang atau sesebuah keluarga, Anas Samanda
tetap dengan pendiriannya berjuang untuk
mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya daripada Misa Sagaraga
yang telah menghalau bapanya dari rumah yang telah
didiaminya selama
50 tahun.
F10: Perjuangan
memerlukan pengorbanan
H/C: Pengorbanan
ayah Marga berjuang menuntut haknya menyebabakan
ayahnya dianggap
penjenayah sehingga ayahnya terpaksa meringkuk di penjara
dan akibatnya
keluarga Marga berantakan.
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta , 1 markah
Huraian/Contoh)
4 isi x 3 markah = 12 markah.