Tuesday, June 22, 2021

Notice

 Assalamualaikum semua, just nak inform je. semua isi yang ada kat sini hanya lah rujukan yang saya dapat semasa saya belajar tingkatan 6. saya tahu cari rujukan sendiri semasa belajar di tingkatan 6 agak mencabar, jadi saya hanya letak kat sini apa yang saya dapat semasa belajar dahulu.

 kalau ada bahan yang tak lengkap tu biasa nya jawaban yang logik akal kan. jawaban tu biasa nya juga ada pelbagai struktur ayat. so, tergantung kamu lah nak tulis ayat. kadang time saya study dulu pun, main hambur je jawaban yang penting kena dengan apa ya dipinta soalan. macam nilai masyarakat, atau pun ada buku sastra tingkatan 6 yang sukar saya kupaskan semasa study.

  jadi maaf lah kalau ada terkurang ataupun ada yang tersalah. disini saya hanya kumpulkan rujukan dari pelbagai 'rujukan' agar mudah dicari sebab semua ada disini. saya juga kurang tahu bagaimana cara penilaian sastra tingkatan 6 sekarang jadi harap maaf. tambahan lagi, saya tidak akan tambah apa-apa untuk rujukan tersebut dan tiada untuk dibincangkan lagi. saya tulis ini hanya untuk makluman awal saja. 

 terima kasih juga kepada yang mencari maklumat disini, diharap dapat membantu sedikit sebagai rujukan kamu.

Friday, October 10, 2014

skema soalan dan jawapan (seloka pak pandir, tuan syeikh alam di rimba dan asiah samiah)

1.      Baca petikan puisi di bawah dengan teliti dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.
                Anak dipijak dagang dijinjing
            Kucing dibunuh tikus dibela
            Harta habis bawaan tergadai
            Mendengar gelagak dagang
            Tak sedar bertelanjang
            Mendengar guruh di langit
            Air di tempayan dicurahkan
            Mulut kena suap pisang
            Buntut kena cangkuk onak
            Gunting makan di hujung
            Pak Pandir juga yang menanggung
            Apa didengar gelagak dagang
            Gelagak rambutan jantan
            Orang berbunga, dia berbunga
            Orang berbuah, dia haram
            Kilat memancar hujan tak jadi
            Awak juga berkecundangan.
                                               (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.),2012.
                                               Permata Sastera Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
                                               dan Pustaka, halaman 11)

(a)    Nyatakan jenis puisi di atas dan huraikan ciri-cirinya                                                     [7]

(b)   Jelaskan unsur kritikan sosial yang terdapat dalam puisi tersebut                                   [12]

(c)    Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas                                                [6]

_________________________________________________________________________
Skema Jawapan.
(a)             Jenis puisi : Seloka Pak Pandir                                                                                    [1]
Ciri-ciri seloka
F1        :  Dari segi bentuk.
H/C     : Tergolong sebagai puisi bebas/tidak terikat seperti pantun dan syair. Bebas dari segi        rangkap, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dan sukukata dalam sebaris dan rima       akhir.Contoh:
            Rima akhir seloka tidak tetap atau bebas, iaitu a-b-c-a-a-d-e-a-f-a-a-a-e-b-g-c-e.

F2        :Dari segi tema/isi/persoalan.
H/C     :Seloka Pak Pandir merupakan puisi yang merujuk kepada suatu bentuk      sindiran/kritikanterhadap sikap masyarakat yang bersifat tamak serta mengabaikan   tanggungjawab terhadap keluarga. Sebaliknya lebih mengutamakan orang lain/luar yang   baru dikenali.
             Anak dipijak dagang dijinjing
             Kucing dibunuh tikus dibela

F3        : Rima akhir
H/C     : Rima akhir seloka berbentuk bebas dan tidak terikat dengan pantun dan syair.
            Anak dipijak dagang dijinjing            -a                    
            Kucing dibunuh tikus dibela   -b
            Harta habis bawaan tergadai   -c
            Mendengar gelagak dagang    -a
            Tak sedar bertelanjang            -a
            Mendengar guruh di langit     -d
            Air di tempayan dicurahkan   -e
            Mulut kena suap pisang          -a
            Buntut kena cangkuk onak     -f
            Gunting makan di hujung       -a
            Pak Pandir juga yang menanggung-a
            Apa didengar gelagak dagang            -a
            Gelagak rambutan jantan        -e
            Orang berbunga, dia berbunga-b
            Orang berbuah, dia haram       -g
            Kilat memancar hujan tak jadi-c
            Awak juga berkecundangan   -e
F4        : Dari segi bahasa.
H/C     :Seloka banyak menggunakan kias ibarat/peribahasa/kiasan; bahasa yang estetik/indah;      perulangan kata dan satira.
Peribahasa

               Mendengar guruh di langit
               Air di tempayan dicurahkan
              
Perulangan kata/Peribahasa

               Mulut kena suap pisang
               Buntut kena cangkuk onak

F5        :  Dari segi peranan/fungsi
H/C     : Seloka bertujuan untuk memberi panduan supaya berpada-pada dalam melakukan           kebaikan, seperti kata pepatah, “Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan     sekali.”Berbuat baik kepada seseorang harus dilakukan secara sederhana sahaja.
F6        : Lain-lain ciri seperti jumlah baris, jumlah perkataan, jumlah suku kata dalam baris           boleh diterima sebagai fakta jawapan

Pilih 2 isi sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
2 isi x 3 markah = 6 markah

b).        Jelaskan unsur kritikan sosial dalam puisi

F1        :Menyindir/mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang lebih   mengutama/mementingkan orang luar/dagang  yang baru dikenali berbanding dengan anak atau keluarga sendiri.
H/C     :Mereka lebih menutamakan orang lain/dagang dan sanggup menabur budi atau berbuat    baik kepada orang lain sehingga mengabaikan  tanggungjawabnya terhadap orang yang           berada di bawah tanggungannya, termasuk anak dan isterinya.
                         Anak dipijak dagang dijinjing
                        Kucing dibunuh tikus dibela

F2        :Menyindir /mengkritik/menempelak individu atau masyarakat yang mudah terpedaya      dengan janji manis dagang yang baru dikenalinya.
H/C     : Mereka sanggup menghabiskan harta yang mereka miliki, semata-mata untuk       mengambil hati kerana terpedaya dengan gelagat dagang sehingga mereka tidak      menyedari bahawa mereka telah diperbodohkan oleh dagang tersebut.
                        Harta habis badan tergadai
                        Mendengar gelagat dagang
                        Tak sedar bertelanjang

F3        : Menyindir/mengkritik/menempelak masyarakat yang terlalu mengharapkan keuntungan yang belum pasti, sehingga sanggup menghabiskan harta yang sedia ada.
H/C     : Oleh kerana terlalu mengimpikan keuntungan yang belum tentu akan tercapai, mereka    sanggup melakukan tindakan secara terburu-buru  tanpa berfikir secara rasional, iaitu            mereka sanggup membazir atau mensia-siakan rezeki atau harta yang sedia mereka    miliki.
                         Mendengar guruh di langit
                        Air di tempayan dicurahkan

F4        : Mengkritik/menyindir/menempelak individu atau masyarakat luar yang sanggup memperdaya masyarakat tempatan untuk kepentingan diri sendiri.
H/C     : Golongan ini  sentiasa mencari peluang dan pandai  mengambil kesempatan dari   kelemahan dan kebodohan masyarakat tempatan semata-mata untuk mengaut    keuntungan tanpa memikirkan nasib orang lain.
                        Mulut kena disuap pisang
                        Buntut kena cangkuk onak

F5        : Menyindir/mengkritik/menempelak  individu atau masyarakat yang malas bekerja dan      ingin bersenang-lenang
H/C     : Akhirnya setelah dagang berlalu pergi, mereka menanggung kerugian dan penyesalan     yang tidak berkesudahan, kerana apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
                        Kilat memancar hujan tak jadi
                        Awak juga berkecundangan.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 4 markah = 12 markah

c).        Huraikan gaya bahasa yang terdapat dalam puisi di atas

F1        : Asonansi.
H/C     :Perulangan bunyi vokal dalam baris-baris puisi secara mendatar:
                        Anak dipijak dagang dijinjing-perulangan vokal ‘I’ (Baris 1)
                        Kilat memancar hujan tak jadi-perulangan vokal ‘a’ (baris 16)

F2        : Aliterasi.
H/C     :Perulangan bunyi konsonan dalam baris-baris puisi secara mendatar.  
                        Buntut kena cangkuk onak-perulangan konsonan ‘k’ (Baris 4)
                        Orang berbunga dia berbunga-perulangan konsonan ‘b’ (Baris 14)

F3        : Anafora.
H/C     :Perulangan kata di awal baris secara berturutan
                        Orang berbunga, dia berbunga(Baris 14)
                        Orang berbuah, dia haram (Baris 15)

F4        : Perulangan kata dalam baris.
H/C     : Perkataan yang sama diulang dalam baris yang sama.
                        Orang berbunga, dia berbunga (Baris 14)

F5        : Perulangan kata di tengah baris.
H/C     : Perkataan yang sama diulang di tengah baris secara berurutan.
                        Mulut kena suap pisang (Baris 8)
                        Buntut kena cangkuk onak (Baris 9)

F6        : Peribahasa.
H/C     : Ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi           pengertian yang tertentu.
                        Mendengar guruh di langit (Baris 6)
                        Air di tempayan di curahkan (Baris 7)

                        Mulut kena suap pisang ( Baris 8)
                        Buntut kena cangkuk orang (Baris 9)

F7        : Citra.
H/C     : Imejan/ gambaran tentang sesuatu diambil dari sumber alam atau alam sekeliling.
                        Pasir, batu, balam, ayam kundur, labu dll.

Pilih 3 isi sahaja
1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)
3 isi x 2 markah = 6 markah


3 Hang  Tuah merupakan tokoh epik yang terkenal dan menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Berdasarkan kenyataan tersebut:
(a) Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik
(b) Terangkan kepentingan tokoh Hang Tuah kepada diri anda

Skema Jawapan
(a) Bincangkan sifat-sifat Hang Tuah sebagai tokoh epik

F1        : Berani menanggung risiko dan tidak takut mati/tidak gentar menghadapi bahaya.
H/C     : Hang Tuah adalah seorang tokoh yang terkenal dibidang kepahlawanan dan tiada tolok  bandingnya, serta mempunyai kekuatan  dan keberanian yang luar biasa. Ketika berada di      Majapahit mengiringi raja Melaka untuk meminang dan berkahwin dengan puteri Betara        Majapahit, Hang Tuah menunjukkankan sifat beraninya apabila dia menyahut cabaran             dan bertarung dengan semua perajurit Majapahit termasuk berjaya membunuh Taming             Sari.

F2        : Kebijaksanaan akal dalam membuat tipu helah (muslihat atau tipu daya).
H/C     : Ketika berada di Majapahit, Hang Tuah memperlihatkan kebijaksanaan akal mengatasi   sebarang masalah, terutama rancangan-rancangan Betara Majapahit dan Patih Gajah    Mada menguji kekuatan atau kehandalan Hang Tuah dan percubaan untuk      membunuhnya. Dengan kebijaksanaan akal yang  ada pada Hang Tuah, kesemua cubaan             atau ujian tersebut berjaya di atasi dengan mudah. Contoh, Hang Tuah menggunakan tipu             helah untuk membunuh Taming Sari. Pada mulanya Hang Tuah gagal untuk mengatasi      kehandalan Taming Sari,  Kerana Taming Sari memiliki keris yang berkuasa ajaib dan    istimewa yang menyebabkan tubuhnya kebal dan tidak lut oleh sebarang senjata. Oleh itu    Hang Tuah memperdaya Taming Sari dengan mengajaknya bertukar-tukar keris kerana     dia tahu kekuatan Taming Sari terletak pada keris tersebut. Tipu helah ini dibuat oleh            Hang Tuah bertujuan untuk memperdayakan dan seterusnya mendapatkan keris Taming    Sari. Tun Tuah mengajak Taming Sari bermuafakat untuk sama-sama mengamuk.    Mereka  akan bertindak membunuh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada. Kemudian            Taming Sari akan dilantik menjadi Betara Majapahit dan Tun Tuah pula akan memegang      jawatan sebagai Patih Gajah Mada. Taming Sari terpedaya dengan pelawaan Tun Tuah             lalu bertukar –tukar keris dengan Tun Tuah. Akhirnya Taming berjaya dibunuh oleh Tun    Tuah.


F3        : Kesetiaan untuk sentiasa menjaga keselamatan rajanya.
H/C     :  Hang Tuah mempunyai sifat kesetiaan yang ideal, kesetiaaan yang tidak berbelah bagi,              kesetiaan yang luar biasa,  malah dia  sanggup menyerahkan seluruh jiwa dan raganya           semata-mata untuk raja Melaka. Tun      Tuah memegang prinsip ‘Pantang Melayu Derhaka   Kepada Tuannya’. Ketika berada di Majapahit, Tun Tuah telah menggunakan        sifat     kepahlawan dan kebijaksanaan akal untuk menjaga maruah dan keselamatan raja      Melaka            daripada dihina oleh Betara    Majapahit dan Patih Gajah Mada demi kesetiaannya             kepada raja Melaka. Jika terjadi sesuatu perkara yang memalukan, sudah     tentu akan       memberi aib kepada raja dan negeri Melaka. Apabila berhadapan dengan musuh, hanya yang ada dalam fikiran Hang Tuah ialah dia perlu menjaga maruah dan nama baik       rajanya. Oleh kerana konsep   kesetiaan ini ada pada diri Hang Tuah menyebabkan dia        sering mendapat kekuatan dalaman menyebabkan dia dapat mengalahkan kesemua             musuhnya. Contoh, Hang Tuah berjaya membunuh Taming Sari, dan  berjaya        menggagalkan segala cubaan             atau     ujian yang dilakukan oleh Betara Majapahit dan        Patih Gajah Mada untuk menjatuhkan maruah raja dan negeri Melaka.

F4        : Memperlihatkan sifat luar biasa , iaitu pandai dalam ilmu firasat .
H/C     : Hang Tuah juga mahir dalam ilmu firasat, iaitu ilmu pengetahuan mengenai tanda-tanda pada muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib seseorang atau ilmu yang melibatkan perasaan hati akan terjadi sesuatu sesudah melihat gejala tertentu.         Contoh, melalui tilikannya , keris yang dimiliki oleh Taming Sari mempunyai kuasa ajaib           dan Hang Tuah percaya selagi keris tersebut berada di tangan Taming Sari, tubuhnya             tidak akan lut oleh sebarang senjata. Oleh itu Hang Tuah berjaya memperdaya Taming       Sari melalui helahnya mengajak Taming Sari bermuafakat dan bertukar-tukar keris         dengannya. Dengan tipu helah tersebut Hang Tuah berjaya memperolehi keris tersebut          dan akhirnya berjaya membunuh Taming Sari.

F5        : Ketangkasan dan kecekapan bermain senjata. 
H/C     : Hang Tuah adalah seorang tokoh pahlawan yang cekap dan mahir bermain senjata. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah setelah berguru dengan beberapa orang guru . Antara     gurunya ialah Sang Persata Nala di Gunung Wirana Pura Majapahit  dan Aria Putera di    Bukit Pancalusa Singapura. Ketangkasan dan kecekapan Hang Tuah   bermain senjata           terbukti ketika berada di Majapahit . Contoh, Hang Tuah berjaya mengelakkan tikaman     dan berjaya membunuh perajurit-perajurit Majapahit,  termasuklah Taming Sari, sehingga          dikagumi oleh Betara Majapahit dan Patih Gajah Mada.

F6        :Lain-lain sifat Tun Tuah sebagai tokoh epik ialah mahir bermain senjata dan pandai          dalam ilmu persilatan, sanggup berkorban, bersifat patriotisme, iaitu semangat cinta      untuk  merpertahankan kedaulatan negara dan lain-lain.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 4 markah (2 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)
4 isi x 4 markah = 16 markah

(b) Terangkan kepentingan tokoh Hang Tuah kepada diri anda.

F1        : Dapat menguatkan semangat sifat taat setia dalam diri sebagai suatu pegangan.
H/C     :  Sifat taat setia  ini penting  dijadikan  sebagai suatu pegangan dalam semua aspek          kehidupan kita, sama ada dari segi pemikiran atau tindakan. Contoh, ketika berada di          Majapahit, Hang Tuah sanggup meletakkan dirinya dalam keadaan bahaya demi       menunaikan perintah raja dan membuktikan ketaatan dan keselamatan raja Melaka. Sifat           taat setia ini terkesan untuk saya untuk menjadikan sifat ini sebagai suatu ikutan dan       pedoman dalam kehidupan dalam melakukan sesuatu, serta menghindarkan diri daripada melakukan pengkhianatan.

F2        : Dapat menjadikan contoh teladan tentang kepahlawanan dan keberanian wira.
H/C     : Sifat kepahlawanan dan keberanian Hang Tuah dapat membangkit ( melahirkan)dan       menanam sifat keberanian dalam diri saya dalam menghadapi sesuatu situasi yang penuh   mencabar. Contoh, ketika berada di Majapahit mengiringi raja Melaka meminang             puteri   Betara Majapahit, Hang Tuah sanggup menghadapi segala rancangan untuk           menguji kekuatannya sebagai pahlawan dan cubaan untuk membunuhnya dengan             semangat keberanian yang ada padanya, termasuk bertarung dengan perajurit Majapahit    yang paling handal, iaitu Taming Sari. Dengan adanya sifat keberanian dalam diri          menyebabkan saya sanggup             menghadapi apa juga situasi yang boleh membahayakan       diri saya. Sebaliknya dengan berbekalkan semangat keberanian, saya sanggup   menghadapi apa juga situasi dalam usaha untuk memperjuangkan hak dan maruah            diri, bangsa dan negara daripada segala ancaman musuh.

F3        : Dapat memupuk dan menanam  semangat patriotik dalam diri
H/C     :  Hang Tuah memang terkenal dengan semangat patriotismenya, iaitu semangat cintakan watan atau negaranya walaupun di mana dia berada dan semangat patriotik ini sudah   sebati  bertapak dalam jiwanya. Dengan berbekalkan sifat patriotik yang kental, Hang            Tuah tidak mudah terpedaya dengan elemen-elemen yang cuba memesong semangat   patriotismenya. Contoh, ketika berada di Majapahit,Hang Tuah melaksanakan tugasnya             sebagai pengiring raja untuk menjaga maruah dan keselamatan raja Melaka. Saya juga        terkesan dan bertanggung jawab untuk menyemai dan memupuk semangat patriotisme    dalam diri  agar saya dapat menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan negara.



F4        :  Dapat menaman kemahiran ilmu persilatan
H/C     :  Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan memang tidak boleh disangkal lagi dan      telah menjadi pedoman dan ikutan dalam diri saya. Hang Tuah berjaya menguasai ilmu    persilatan secara zahir dan batin. Ilmu ini diperolehi oleh Hang Tuah melalui     perguruannya dengan beberapa orang guru, termasuklah Sang Persata Nala dan Aria     Putera sehingga berjaya menjadi pahlawan terkenal dan sukar  dan sukar ditandingi.          Contoh, ketika berada di Majapahit hang Tuah berjaya mengalahkan semua perajurit           Majapahit termasuklah Taming Sari. Kemahiran Hang Tuah dalam ilmu persilatan             berjaya memberi dorongan dan ikutan kepada saya untuk menguasai  dan mewarisi ilmu            tersebut dalam usaha untuk mempertahan dan menjaga diri, maruah bangsa dan negara.

F5:       Kebijaksanaan
F6:       Ilmu kebatinan dan lain-lain

Pilih 3 isi  sahaja
1 isi = 3 markah (1 markah  Fakta, 2 markah Huraian)
3 isi x 3 markah = 9 markah


Soalan  4:

4.         Pada suatu hari Tuan Syeikh Alam Dirimba bertitah kepada segala isi rimba itu katanya, “Hai tuan-tuan sekalian, muafakatlah tuan-tuan; jangan aniaya menganiaya antara suatu dengan lain dan janganlah elat dan dengki dan janganlah berbuat fitnah kerana di dalam firasatku akan datang bala dan huru-hara menimpai tuan-tuan. Jikalau ada sesuatu perkara berlaku atas tuan-tuan, hendaklah segera beri tahu hamba. Dan lagi hendaklah tuan-tuan sekalian tujuh hari sekali datang kepada hamba dan bawa buah-buahan yang baik dan taruk kayu yang muda-muda jadi tanda kita bersahabat pada zahir dan batin. Janganlah tuan-tuan sekalian lupa akan pesanan hamba ini.”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)


(a)        Nyatakan lima amanat yang terdapat dalam petikan di atas.                                                 [5]

(b).       Berdasarkan keseluruhan cerita dalam “Hikayat Pelanduk Jenaka” yang termuat dalam     Permata Sastera Melayu, huraikan 4 peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam Dirimba          mengalahkan gergasi.                                                                                                  [ 8 ]

(c)        Jelaskan nilai kemanusiaan yang terdapat pada watak Tuan Syeikh Alam Dirimba [ 12 ]






______________________________________________________________________________
SKEMA PEMARKAHAN

a) Lima Amanat

 F1    :  Hendaklah bermuafakat antara satu sama lain

F2    :   Jangan aniaya menganiaya antara satu sama lain

F3    :   Janganlah elat / menipu / pembohong

F4    :   Jangan dengki antara satu sama lain

F5    :   Jangan berbuat fitnah kepada orang lain.

Pilih 5 isi sahaja
1 isi = 1 markah
5 isi x 1 markah = 5 markah


b) Empat peristiwa bagaimana Tuan Syeikh Alam di-Rimba mengalahkan Raksasa

F1:   Tuan Syeikh Alam pergi ke Sungai Tinam tempat raksasa dan mengarahkan isi rimba
           mencari rotan untuk membuat simpai ( gelung rotan )

F2:   Tuan Syeikh Alam mengarahkan isi rimba bersembunyi dan segera datang apabila
          mendengar beliau bertempik

F3:  Tuan Syeikh Alam menghidupkan api untuk membakar ikan dan apabila ditegur oleh
         raksasa, dia membuat helah dengan mengatakan untuk  menyimpai tubuhnya yang sakit

F4:   Raksasa mengatakan tubuhnya sakit dan meminta simpai untuk berubat tetapi Tuan
         Syeikh Alam mendakwa simpai itu ubat pesaka peninggalan nenek moyangnya.

F5:  Raksasa meminta ikan daripada Tuan Syeikh Alam tetapi tidak diberi dengan alasan
         tidak elok makan ikan sebelum berubat.

F6:  Tuan Syeikh Alam memasukkan simpai pada kedua-dua siku dan lutut sebanyak dua
         kali sehingga raksasa tidak dapat bergerak lagi.

F7:  Tuan Syeikh Alam merenung muka dan kemudian mencakar mata raksasa sehingga
         pecah


F8:  Kemudian Tuan Syeikh Alam bertempik menyebabkan semua isi rimba datang dan
         terkejut melihat keadaan raksasa yang sedemikian rupa.

F9:  Akhirnya raksasa mati ditendang dan diterajang (disiksa ) oleh semua isi rimba.

          
Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 2 markah 
4 isi x 2 markah = 8 markah

c)  Nilai kemanusiaan

F1:       Bijaksana / cerdik / panjang akal
H/C:    Tuan Syeikh Alam pandai membuat helah iaitu dengan menggunakan simpai dikatakan     untuk berubat bagi menghilang rasa sakit sehinggakan  raksasa tertipu dan tidak dapat bergerak lagi yang akhirnya dibunuh oleh semua isi rimba.

F2:       Berani
H/C:    Tuan Syeikh Alam walaupun bertubuh kecil tetapi berani berhadapan dengan raksasa         yang bertubuh besar panjang dan menggerunkan sedangkan binatang lain seperti Sang       Beruang, Sang Seladang, Harimau dan Sang Badak kecut perut dan melarikan diri apabila   melihat raksasa.

F3:       Bertanggungjawab
H/C:    Tuan Syeikh Alam tidak mengabaikan tanggung jawabnya sebagai Raja di-Rimba apabilamenolong isi rimba yang dianiaya oleh raksasa. Beliau bertindak membunuh raksasa      melalui tipu muslihat agar keadaan rimba kembali aman.

F4:       Prihatin
H/C:    Tuan Syeikh Alam sebagai Raja di-Rimba bersifat simpati dan prihatin kepada segala isi    rimba yang hidup tidak aman kerana diganggu oleh raksasa. Oleh itu apabila mendapat           pengaduan daripada isi rimba dia berusaha mencari helah untuk membunuh raksasa.

F5:       Gagah perkasa
H/C:    Tuan Syeikh Alam dikatakan mendapat kekuatan daripada baginda Ali membolehkannyaberjaya mengalahkan raksasa yang bertubuh besar panjang.

F6:       Suka berterus terang
H/C:    Tuan Syeikh Alam mengatakan bahawa tubuh badak yang luka-luka dan comot-comot      bukan perbuatan raksasa seperti yang di dakwa badak tetapi kerana dikaitkan onak ketika     melarikan diri menyebabkan Sang Badak malu

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (  1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh )
4 isi x 3 markah = 12 markah







6.         Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

ASIAH SAMIAH TUA: Pasti abang itu. Saya denar tapak kaki abang. Saya dengar dehem          abang. Saya rasa hampirnya abang dengan saya. Saya rasakan nafas abang yang hangat         itu. Nafas abang yang bernafsu. Yang menyesakkan saya. Yang menyelimutkan saya          dalam rindu dan berahi.

MARGA TUA: Lihat! Itulah sebabnya kenapa saya harus melayani kegilaanya. Dia luar biasa –   malah istemewa, kalian akan tahu nanti – dia perempuan yang cerdik – atau mungkin            juga terlalu cerdik. Bukankah orang cerdik selalu kurang waras, kata orang ! Saya tak      kata begitu. Tunggu, dengar apa katanya…

ASIAH SAMIAH TUA: Abang tahu saya menunggu abang bukan? Macam saya janjikan dulu.    Di bawah tiang lampu ini, sewaktu senja begini, ketika lembayung dan cahaya matahari      yang berbaki macam manik-manik yang berturutan – lalu meninggalkan warna kemilau          yang indah, saya akan tetap menunggu abang.

                                                (Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia [peny], 2012.
Permata Sastera Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka)


(a).       Siapakah watak abang dalam petikan di atas.                                                                        [ 1 ]

(b).       Nyatakan dua perwatakan Asiah Samiah dalam petikan di atas.                               [ 4 ]

(c).       Galurkan empat peristiwa uang menyebabkan Asiah Samiah menjadi tidak siuman[ 8 ]

(d).      Jelaskan empat mesej yang terkandung dalam drama Asiah Samiah             [12]

______________________________________________________________________________
Skema Pemarkahan

a).        watak abang    ( 1m)
            ialah Anas Samanda                                                                                                   
            (1 markah)

b).        Nyatakan dua perwatakan Asiah Samiah (4m)

            F1:       Luar biasa
            F2:       Istimewa
            F3:       Cerdik
            F4:       Setia
            F5:       Kurang waras
            F6:       Sasterawan / pandai berbahasa

c).        Galurkan empat peristiwa

F1:       Hubungan Asiah Samiah dengan Anas Samanda mendapat tentangan daripada ibu                       bapa Asiah Samiah kerana mereka berdua tidak setaraf.

F2:       Misa Sagaraga yang berkunjung ke rumah Asiah Samiah telah berkenan melihat                            kecantikan Asiah Samiah.

F3:       Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah menerima lamaran Misa Sagaraga biarpun                                Asiah Samiah sebenarnya tidak bersetuju dengan perkahwinan tersebut kerana kekayaan,            pengaruh dan kuasa yang ada pada Misa Sagaraga.

F4:       Asiah Samiah meminta bantuan Sari Saribiru untuk berbuat sesuatu bagi                                        menyelesaikan masalahnya tetapi ditolak kerana takut dengan tindakan yang akan                                    diambil oleh Tuan Setiawan Tanjung.

F5:       Anas Samanda pula telah meninggalkan Asiah Samiah sewaktu dia                                                memerlukannya kerana menyertai gerakan perjuangan mempertahan hak.

F6:       Asiah Samiah juga turut meminta bantuan Marga Muda bagi membantunya                                   mencari jalan penyelesaian tetapi Marga Muda tidak dapat berbuat apa-apa kerana              takut dengan pengaruh dan kuasa yang dimiliki oleh Misa Sagaraga.

F7:       Asiah Samiah dan Misa Sagaraga telah berkahwin walaupun tanpa kerelaanya dan                        dia telah diperlakukkan dengan ganas dan kejam pada malam pertama                                              perkahwinannya.

F8:       Asiah Samiah berasa tertekan dengan apa yang terjadi, menyebabkan dia terlintas                         untuk membunuh diri tetapi dia masih percayakan agama.
           
F10:     Asiah Samiah juga mahu membunuh Misa Sagaraga tetapi hasratnya tidak                                     diteruskan kerana bimbang keselamatan anggota keluarganya.

F11:     Asiah Samiah akhirnya memberanikan diri dan bertindak lari dari rumah Misa                               Sagaraga pada malam itu juga.

F12:     Selepas 12 hari melahirkan Laila Anurisah yang tidak dapat diterimanya Asiah                              Samiah seperti orang hilang ingatan, ketawa, berteriak dan menyanyi.

Pilih 4 peristiwa sahaja
1 peristiwa = 2 markah
4 peristiwa x 2 markah = 8 markah

c).        Mesej dalam drama

F1:       Kekayaan , pengaruh dan kuasa tidak menjamin kebahagiaan dalam perkahwinan  
H/C:    Perkahwinan yang hanya berlandaskan materialistik tidak menjanjikan kebahagian,           Perkahwinan Asiah Samiah yang dipersetujui oleh Tuan Setiawan           Tanjung dan Puan       Suari Alimin hanya kerana Misa Sagaraga memiliki segala-galanya tetapi ditolak oleh    Asiah Samiah yang tidak menilai itu semua. 

F2:       Ketidakadilan sosial terutama perbezaan darjat masih menjadi ukuran dalam                                  memilih pasangan hidup.
H/C:    Kedua-dua ibu bapa Asiah Samiah tidak menerima Anas Samanda kerana menganggap    Anas Samanda tidak setaraf dengan mereka kerana Anas Samanda hanyalah anak             seorang petani yang miskin yang tidak akan membahagiakan Asiah Samiah.

F3:       Perlu menghormati dan akur dengan kehendak orang tua
H/C:    Anak-anak sewajarnya menghormati dan mengikut kata orang tua demi untuk kebaikan    mereka. Asiah Samiah biarpun tidak setuju dengan lamaran Misa Sagaraga tetapi kerana    menghormati dan menyayangi kedua-dua orang tuanya dia         akhirnya akur dengan kehendak mereka untuk berkahwin dengan Misa Sagaraga.

F4:       Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan terutamanya kepada kanak-                              kanak. 
H/C: Simpati dengan nasib yang menimpa Laila Anurisah yang dibuang oleh Misa             Sagaraga kerana menganggapnya memalukan maruahnya, Marga Muda telah             mengambil Laila Anurisah dan menjaganya serta mencarikan Asiah Samiah                               untuknya.

F5:       Hendaklah amanah dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan
H/C:    Marga Muda telah mengabadikan dirinya dalam pekerjaan selama 20 tahun dan     dia       tidak pernah merungut dan sentiasa patuh dan setia melaksanakan tugas yang diberikan kepadanya malah dia juga sanggup melakukan apa sahaja yang disuruh oleh majikannya.

F6:       Keprihatinan dan rasa tanggungjawab bersama perlu ada pada anggota                                          masyarakat.
H/C:    Anggota masyarakat perlu ada rasa tanggungjawab untuk mengambil perhatian      terhadap apa yang berlaku, Siti Bunirah dan Pak Leh Lak Lak prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap apa yang menimpa Laila Anurisah, mereka berdua telah    menjaganya kerana Asiah Samiah tidak siuman.

F7:       Sikap terburu-buru dalam mengambil tindakan akan membawa padah
H/C:    Terburu-buru membuat keputusan akhirnya akan memberi kesan yang negatif, Asiah         Samiah yang bertindak melarikan diri dari rumah Misa Sagaraga kerana tidak dapat         menerima apa yang berlaku ke atasnya akhirnya mengalami tekanan perasaan dan     menyebakan dia menjadi tidak siuman.

F8:       Pendidikan amat penting dalam kehidupan
H/C:    Tuan Setiawan Tanjung amat mementingkan pendidikan biarpun Asiah Samiah tidak        dibenarkan bergaul bebas, tetapi dia tetap memberi pendidikan yang sempurna menerusi           khidmat guru yang datang mengajar di rumahnya, termasuklah Marga Muda yang dibayar    sebagai munsyi.

F9:       Maruah dan hak perlu dipertahankan.
H/C:    Gambaran tentang kedudukan seseorang atau sesebuah keluarga, Anas Samanda tetap      dengan pendiriannya berjuang untuk mempertahankan maruah dan harga diri keluarganya daripada Misa Sagaraga yang telah menghalau bapanya dari rumah yang telah didiaminya             selama 50 tahun.

F10:     Perjuangan memerlukan pengorbanan
H/C:    Pengorbanan ayah Marga berjuang menuntut haknya menyebabakan ayahnya         dianggap penjenayah sehingga ayahnya terpaksa meringkuk di penjara dan            akibatnya keluarga Marga berantakan.

Pilih 4 isi sahaja
1 isi = 3 markah (2 markah fakta , 1 markah Huraian/Contoh)

4 isi x 3 markah = 12 markah.