Friday, September 12, 2014

Talibun - keindahan dan kemakmuran negeri

MAKSUD TALIBUN


 Talibun atau juga dikenali sebagai sesomba adalah satu puisi yang bentuknya, rangkapnya, jumlah baris dalam rangkap, jumlah kata dalam baris, irama, yang tidak tetap. Talibun merupakan bentuk puisi yang terdiri daripada beberapa rangkap dan setiap baris dapat melengkapkan keseluruhan idea.


Kepentingan talibun dalam cerita penglipur lara.

1. Menjelaskan sesuatu perkara atau peristiwa. Puisi ini berupaya menjelaskan sesuatu perkara atau keadaan secara ringkas dan padat. Khalayak akan dapat mendengar dengan jelas puisi ini dan memahami isi puisi dengan meggunakan pemikiran yang mendalam.

2. Sebagai selingan dalam cerita. Biasanya puisi ini diselitkan dalam sesebuah karya cerita lipurlara yang menjadi selingan kepada cerita berkenaan.

3. Menarik perhatian dan minat khalayak (pendengar dan pembaca). Puisi ini mampu menarik perhatian khalayak kerana penggunaan bahasanya yang tersusun indah dan mudah difahami. 

4. Salah satu kaedah penceritaan para penglipurlara. Memang telah diketahui umum bahawa para penyampai cerita lipurlara akan menjadikan puisi talibun dan lain-lain jenis puisi sebagai salah satu teknik penyampaian cerita. Tanpa selingan ini mungkin cerita lipurlara akan menjadi hambar tanpa sebarang bentuk hiburan.

5. Sebagai salah satu bentuk hiburan. Puisi ini mampu menghibur khalayak kerana menjadi selingan kepada cerita lipurlara. Setelah mengikuti penceritaan daripada penyampai cerita, ia akan diselangi dengan pengucapan talibun yang disertai dengan alatan muzik si penyampai cerita

Ciri-ciri Talibun
  • Ia merupakan sejenis puisi bebas
  • Terdapat beberapa baris dalam rangkap untuk menjelaskan pemerian
  • Isinya berdasarkan sesuatu perkara diceritakan secara terperinci
  • Tiada pembayang. Setiap rangkap dapat menjelaskan satu keseluruhan cerita
  • Menggunakan puisi lain (pantun/syair) dalam pembentukannya
  • Gaya bahasa yang luas dan lumrah (memberi penekanan kepada bahasa yang berirama seperti pengulangan dll)
  • Berfungsi untuk menjelaskan sesuatu perkara
  • Merupakan bahan penting dalam pengkaryaan cerita penglipur lara.

__________________________________________

Keindahan dan kemakmuran Negeri

Medannya indah bukan kepalang
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut
Pasirnya serong bentuk taji
Batunya ada  besar kecil
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
Menderu selawat ibu ayam
Helang disambar punai tanah
Seumpama kundur dengan labu
Kecil pohon besar buahnya
Negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh di tengah hutan
Sejuk dingin seperti ular cintamani
Di negeri Teluk Bidung Kota Lama.

Gambaran Keindahan Negeri
Talibun di atas memaparkan tentang keindahan sesebuah negeri bernama Teluk Bidung Kota Lama. Keindahan tersebut dilihat dari aspek persekitaran dan sempadan yang ada. Keadaan kawasan negeri mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan tempat lain. Perkataan medan dan boleh diertikan sebagai persempadanan bagi sesebuah negeri yang diperintah. Rantau pula adalah gambaran keluasan kawasa negeri berkenaan.

Tebing pula dilihat sangat indah seolah-olah seperti diraut. Keadaan ini menambah keindahan pemerian sesebuah negeri kerana tercipta sebegitu rupa. Tebing juga boleh bermaksud kawasan yang boleh menjadi pertahanan sesebuah negeri. Keadaan tersebut boleh juga dimaksudkan dengan jaminan keselamatan kawasan tersebut. Disebut juga tentang sifat objek yang besar seperti batu dan objek yang paling kecil seperti pasir.

Batu menggambarkan objek-objek yang berguna untuk dimanfaatkan bagi mendapatkan sumber negeri. Kegunaannya adalah pelbagai perkara seperti boleh digunakan untuk melontar sesuatu objek atau boleh juga menjadi peluru/senjata untuk menumpaskan musuh. Pada masa yang lain  batu juga boleh berfungsi untuk kegunaan lain.

Balam dalam puisi tersebut boleh ditafsirkan sejenis pokok kayu. Balam berfungsi sebagai bahan yang menjadi sasaran iaitu batu. Sekiranya batu gagal mencapai sasarannya, ia masih tetap berguna apabila jatuh ke tanah semula. Mungkin sekurang-kurangnya menjadikan tanah yang ada diliputi oleh batu-batan.

Perkataan ibu ayam memberi maksud ketua negeri yang sering berdoa akan keselamatan penduduk negeri daripada ancaman musuh. Manakala helang menggambarkan ancaman yang mungkin dihadapi oleh penduduk negeri. Punai tanah pula ialah penyelamat penduduk negeri yang mampu menghalang serangan helang yang ganas.

Hasil negeri makmur diibaratkan seperti pokok kundur dan labu. Walaupun pokok tersebut kecil tetapi menghasilkan buah yang banyak. Ini menggambarkan bahawa sesebuah negeri yang makmur itu ialah negeri yang mempunyai hasil mahsul yang banyak.

Mencari rezeki yang di negeri yang makmur boleh didapati di mana-mana tempat samada di darat maupun di lautan. Malah hasil ternakan begitu banyak termasuk lembu dan kerbau.

Sumber-sumber persekitaran secara semula jadi begitu banyak di hutan. Suasana persekitaran dalam negeri tersebut juga begitu nyaman dan dingin sesuai dengan keindahan negeri.

TEMA

-Keindahan dan kemakmuran sebuah negeri

PERSOALAN
           *Persoalan keindahan sebuah negeri
-          Negerinya indah dan luas dengan tebing yang tinggi dari aras laut,pasirnya cantik dan batu yang pelbagai saiz.
*Persoalan kemakmuran sebuah negeri
-          Negeri  Teluk Bidung Kota Lama terdapat banyak sumber rezeki seperti ayam,itik,lembu dan kerbau.
  • ·      *  Persoalan rezeki yang terdapat di banyak tempat
-          Rezeki yang terdapat di merata tempat seperti cari di laut beroleh di laut,cari di darat beroleh di darat.

NILAI ESTETIKA

 Ansonansi  
Huraian : pengulangan huruf vokal;a,e,i,o,u
contoh : 
“ Medannya indah bukan kepalang “
( baris di atas adalah pengulangan vokal a sebanyak 4 kali )

Aliterasi 
Huraian : pengulangan huruf konsonen
contoh : 
“ rantaunya luas bagai dibentang “
( baris dia atas adalah pengulangan konsonen n sebanyak 4 kali )

Anafora  
Huraian : pengulangan di awal baris
contoh : Baris 7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah
              Baris 14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut

Responsi 
Huraian : pengulangan di tengah baris 
contoh : Baris 7 dan 8
Jikalau untung kena ke balam
Jikalau tidak kena ke tanah

             Baris 14 dan 15
Cari di darat boleh di darat
Cari di laut boleh di laut

             Baris 16,17 dan 18
Ayam itik penuh di reban
Lembu kerbau penuh di tengah padang
Gajah badak penuh tengah hutan

Epifora 
Huraian : pegulangan di akhir baris
contoh : Baris 6 dan 7
Yang kecil pelontar balam
Jikalau untung kena ke balam

               Baris 8 dan 10
Jikalau tidak ke tanah
Helang disambar punai tanah

Simile 
Huraian : perumpamaan seperti,bak,bagai,umpaman
Contoh  : Baris 2 dan 3
Rantaunya luas bagai dibentang
Tebingnya tinggi bagai diraut

                 Baris 11
Seumpama kundur dengan labu
                 Baris 19
Sejuk dingin seperti ular cintamani

Hiperbola 
 Huraian : menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan
Contoh : Baris  1             “medannya indah bukan kepalang “
               Baris 2              “rantaunya luas bagai dibentang “
               Baris 3               “tebingnya tinggi bagai diraut “
               Baris 4               “pasirnya serong bentuk taji “

Personafikasi 
Huraian : sifat manusia
Contoh : Baris 9            “menderu selawat ibu ayam “
               Baris 13          “negerinya beruntung Bandar rayanya bertuah “


Paradox
Huraian : bertentangan
Contoh : Baris 11     “helang disambar punai tanah “
               Baris 13     “kecilpohon besar buahnya “

NILAI MASYARAKAT
·        *Masyarakat yang cinta akan keindahan
·        *Masyarakat yang cinta akan kemakmuran
·     *   Masyarakat yang rajin mencari rezeki
·     *   Masyarakat yang beruntung/bertuah

GURINDAM - TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT

MAKSU GURINDAM

Gurindam merupakan sejenis bentuk puisi yang tidak terikat atau tiada tentu bentuknya (sama ada terikat atau tidak). Bentuk yang terikat biasanya terdiri dari pada dua baris serangkap, menyerupai syair dua baris atau nazam. Setiap baris biasanya mengandungi tiga atau empat, enam atau lebih perkataan; dan pola rima a-a; a-b atau serima (monoryme). Tiap serangkap merupakan sebahagian daripada idea yang berturutan dan biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk menyatakan keseluruhan idea.
Bentuk yang tidak terikat tergolong sebagai puisi bebas, sama ada berangkap atau tidak. Walaupun setiap rangkap dapat berdiri sendiri tetapi biasanya memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk meyatakan satu keseluruhan idea.
Dari segi bentuk ia sama seperti talibun, teromba atau mantera; tetapi tergolong sebagai gurindam kerana isinya mengandung nasihat, pengajaran dan kebenaran, berbeza dengan mantera. Gurindam tidak mengandung unsur sihir; dan berbeza dengan teromba, ia tidak merujukkan kepada salasilah atau undang-undang setempat.
Gurindam juga dapat merangkum puisi yang lebih bebas, yang secara sinkronis tergolong sebagai puisi moden, terutama di peringkat awal perkembangannya. Kebanyakan karya puisi dalam peringkat itu memperlihatkan kebebasan dari segi bentuk dan isi tetapi masih terkongkong kepada nilai-nilai puisi tradisional dari segi pola rima, rentak dan unsur-unsur estetik yang lain.

FUNGSI GURINDAM

Dianggap sebagai puisi yang digunakan untuk tujuan pendidikan dan hiburan . Gurindam juga berfungsi sebagai dokumentasi gambaran masyarakat yang dapat memancrkan kreativiti dan estetika . Daya intelektual masyarakat Melayu lama dalam menangani hal kehidupan mereka . Gurindam juga dapat dijadikan media komunikasi antara ahli masyarakat . Terutama , dalam majlis-majlis yang formal .
_______________________________________________

TAAT SETIA RAJA DAN RAKYAT

Raja muafakat dengan menteri
Seperti kebun berpagar duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal  kasa dan cindai

MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap 1: Raja perlu berkerjasama dengan pegawai negeri terutamanya perdana menteri. Kesepakatan di antara mereka akan membentuk sebuah pemerintahan negara yang kukuh dan kuat. Negara mampu dipertahankan daripada serangan musuh negera.

Rangkap 2: Raja perlu pandai membuat keputusan dan persetujuan di atas sebarang rancangan pembangunan negara.

Rangkap 3: Raja perlulah menghukum rakyat yang bersalah dengan hukuman yang adil. Seseorang raja yang adil akan mendapat petunjuk dari Allah swt.

Rangkap 4: Hendaklah mengasihi orang yang mempunyai ilmu. Mengasihi orang berilmu akan membawa kepada keberkatan hidup kerana mendapat kasih sayang Allah.

Rangkap 5: Hendaklah menghormati orang yang bijaksana kerana perbuatan tersebut akan membantu kita membezakan perkara-perkara baik dan buruk.

Tema

*kerjasama antara rakyat dan raja
  • Ketaatan rakyat terhadap raja mempunyai syarat-syarat tertentu. Bagi mengharapkan taat setia rakyat, raja mestilah mengamalkan ciri-ciri pemerintahan yang disukai rakyat. Antaranya ialah bekerjasama dengan setiap pembesar negeri termasuk Perdana Menteri. Kemudian raja hendaklah mempunyai hati yang mulia, bijak, adil, kasih dan menghormati orang lain.
PERSOALAN :
  • §  Persoalan kesetiaan rakyat kepada raja.
-          Rakyat yang setia kepada raja dapat memudahkan serta melancarkan segala
urusan.
  • §  Persoalan kesefahaman antara pentadbir.
-          Persefaham antara menteri dan raja akan melancarkan urusan perihal negera serta menjadikan negera aman.
  • §  Persoalan keadilan raja terhadap rakyat.
-          Raja yang adil akan sentiasa dapat pertolongan dari rakyatnya.
  • §  Persoalan mengasihi orang beriman.
-          Orang yang mengasihi orang yang beriman akan mendapat kerahmatan.
  • §  Persoalan menghormati orang yang berilmu.
-          Apabila menghormati orang yang pandai,kita dapa membezakan antara baik da buruk.

NILAI-NILAI ESTETIKA(GAYA BAHASA) :
·        Ansonansi
- pengulangan vokal iaitu a,e,i,o,u dalam ayat
- contoh : rangkap 1,vokal a
Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

·        Aliterasi
-          Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal
-          Contoh : rangkap 2,konsonen d
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

·        Simile
-          Perbandingan yang setara menggunakan perkataan bagai,bak,umpama,seperti
-          Contoh : rangkap 1 baris 2
Seperti kebun berpagarkan duri.

·        Metafora
-          Abstrak dan konkrit
-          Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja,


·        Anafora
-          Pengulangan kata di awal baris
-          Contoh : rangkap 2 baris 2 dengan rangkap 3 baris 2,rangkap 4 baris 2,dan rangkap 5 baris 2.
Betul hati kepada raja,
Tanda jadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa dan cindai.

·        Inversi
-          Kata yang diterbalikkan tanpa mengikut tatabahasa
-          Contoh : rangkap 2 baris 1
Betul hati kepada raja

-          Rangkap 3 baris 1
Hukum adil atas rakyat

-          Rangkap 5 baris 1
Hormat akan orang pandai

FUNGSI :
o   Memberi pengajaran atau didikan.
Ø Memberi didikan supaya mentaati raja.
Ø Mengajar supaya menghormati orang berilmu pengetahuan.
o   Menasihati supaya raja dan rakyat sentiasa bemuafakat dan berkerjasama.
Ø Kerjasama yang baik antara raja dan rakyat dapat menjamin kesejahteraan dan keamanan Negara.
o   Sebagai alat kawalan sosial.
Ø Supaya raja dan menteri bersatu padu.
Ø Supaya rakyat taat kepada raja dan pemerintah.


NILAI 
  • o   Nilai masyarakat yang taat kepada raja.
  • o  Nilai masyarakat yang hormat akan orang yang berilmu pengetahuan.
  • o   Nilai masyarakat yang suka mengasihi orang
PANDANGAN SARWAJAGAT

Puisi di atas menggambarkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang taat setia kepada pemerintah. Namun untuk mendapatkan taat setia, ia memerlukan muafakat yang tinggi antara raja dan rakyat. Zaman tradisional dapat digambarkan, telah wujud suasana aman damai dalam sesebuah pemerintahan negara yang diperintah oeh raja.

Sistem feudal tidak semestinya mewujudkan satu corak pemerintahan kuku besi dan sentiasa menindas rakyat. Jika raja melaksanakan pemerintahan yang mempunyai ciri-ciri yang terdapat didalam puisi berkenaan, maka taat setia rakyat kepada raja tidak memerlukan paksaan. Contohnya, jika raja menghormati rakyat, maka dengan sedirinya rakyat akan kagum dan dengan rela hati menumpahkan taat setianya kepada raja.

Kadang-kadang raja perlu mendapatkan ilmu-ilmu tertentu daripada para ilmuan negara. Raja tidak mungkin bijak dalam segala bidang. Oleh itu, ketika menuntut ilmu, raja hendaklah merendah diri dan tidak membawa jawatan yang dipegang ketika berhadapan dengan guru yang mengajarnya.

Raja perlu mendapat nasihat daripada bijak pandai negara. Keupayaan membuat keputusan secara bersendirian sangat terhad kemampuannya. Raja perlu membuat perbincangan dan mendapat pandangan daripada pelbagai pihak yang pakar dalam bidang tertentu. Keputusan yang dibuat secara bersama akan mengurangkan kesilapan dalam proses membuat keputusan.