Friday, August 22, 2014

PANTUN KASIH SAYANG

ANALISIS PANTUN KASIH SAYANG

Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

·        Puisi tradisional ini merupakan sejenis pantun.
·        Merupakan pantun 4 kerat.
·        Bertemakan kasih sayang.
·        Ciri-ciri pantun di atas ialah :
*     Pantun 4 kerat
*     Mempunyai 2 rangkap
*     1 rangkap terdiri daripada 4 baris
*     1 baris mempunyai 4 hingga 5 patah perkataan
*     Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga 10 suku kata
*     Skema rima akhir pantun ini adalah tetap iaitu a-,b,a-b
*     Rima akhir pantun juga tetap ; a-b-a-b
·        Terdapat unsur-unsur estetika dalam pantun ini. Unsur-unsur tersebut ialah :
*     Ansonansi
§  Merupakan pengulangan huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1
Pengulangan vokal a :
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari matturun ke hati.

Rangkap 2
Pengulangan vokal a :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Aliterasi
§  Merupakan pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun;
Rangkap 1
Pengulangan konsonen n :
Dari mana pipt melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Rangkap 2
Pengulangan konsonen :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Personafikasi
§  Merupakan sifat manusi yang diberi kepada objek tidak bernyawa.
§  Berdasarkan pantun ;
§   
“ Dari paya turun ke padi “

-turun merupakan sifat yang dilakukan oleh objek bernyawa yang mana telah diberikan kepada paya yang tidak bernyawa.







*     Anafora
§  Pengulangan kata di awal baris.
§  Berdasarkan pantun ;

Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

*     Responsi
§  Pengulangan kata di tengah baris.
§  Berdasarkan pantun ;

Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Repitasi
§  Merupakan pengulangan kata dalam baris yang sama.
§  Berdasarkan pantun ;
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

*     Hiperbola
§  Menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan.
§  Berdasarkan pantun;
Rangkap 2 baris 1 :                                                                                

“ Air dalam bertambah dalam “

·        Terdapat juga nilai-nilai melalui pantun di atas. Antaranya ialah :
v Nilai dari mana datangnya sayang.
v Contoh :
Dari mana pipit melayang,
Dari paya turun ke padi,
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.

Ø  rangkap ini menunjukkan perasaan sayang lazimnya datang daripada pandangan kita terhadap seseorang barulah terbit rasa sayang itu di hati.

v Nilai kerinduan yang tiada kesampaian.
v Contoh :
Air dalam bertambah dalam,
Hujan di hulu belumlah teduh,
Hati dendam bertambah dendam,
Dendam dahulu belumlah sembuh.

Ø  Dalam rangkap ini pula menjelaskan kerinduan yang sedia ada pada seseorang itu tidak pernah hilang malah semakin bertambah.


·        Perasaan ketika membaca pantun ini menerbitkan rasa sayang di hati. Pantun ini  dapat memberi tahu tentang asal usul rasa sayang itu.

3 comments: