Friday, August 22, 2014

PANTUN AGAMA

       ANALISIS PANTUN AGAMABanyak hari antara hari,Tidak semulia hari Jumaat,Banyak nabi antara nabi,Tidak semulia Nabi Muhammad.Anak ayam turun sepuluh,Mati seekor tinggal sembilan,Bangun pagi sembahyang subuh,Minta ampun kepada Tuhan.·        Puisi tradisional di atas merupakan sejenis pantun.
·        Pantun di atas merupakan pantun 4 kerat.
·        Bertemakan keagamaan.
·        Ciri-ciri pantun agama di atas adalah seperti berikut :
*     Pantun 4 kerat
*     Mempunyai 2 rangkap
*     1 rangkap terdiri daripada 4 baris
*     Satu baris mempunyai 3 hingga 4 patah perkataan
*     Bilangan suku kata bagi sebaris pantun ialah 9 hingga 11 suku kata
*     Skema rima akhir pantun tetap iaitu a-b-a-b
*     Rima akhir pantun juga tetap iaitu a-b,a-b
·        Terdapat unsur-unsur estetika dalam pantun tersebut. Unsur-unsur tersebut ialah :
*     Ansonansi
§  Merupakan pengulangan huruf vokal
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1Pengulangan vokal a :Banyak hari antara hari,Tidak semulia hari Jumaat,Banyak nabi antara nabi,Tidak semulia Nabi Muhammad.

Rangkap 2Pengulangan vokal a :Anaayam turun sepuluh,
Mati seekor tinggal sembilan,Bangun pagi sembahyang subuh,Minta ampun kepada Tuhan.*     Aliterasi
§  Pengulangan huruf konsonen iaitu selain huruf vokal.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1Pengulangan konsonen n :Banyak hari antara hari,Tidak semulia hari Jumaat,Banyak nabi antara nabi,Tidak semulia Nabi Muhammad.Rangkap 2Pengulangan konsonen n :Anak ayam turun sepuluh,Mati seekor tinggal sembilan,,Bangun pagi sembahyang subuh,Minta ampun kepada Tuhan.*     Personafikasi
§  Sifat manusia yang diberikan kepada objek atau benda yang tidak bernyawa.
§  Berdasarkan pantun ;
“ Tidak semulia hari Jumaat “Mulia merupakan sifat atau keperibadian manusia yang diberikan kepada hari Jumaat yang merupakan objek tidak bernyawa.




*     Metafora
§  Abstrak dan konkrit
§  Berdasarkan pantun;
“ Minta ampun kepada Tuhan “Minta ampun ialah perbuatan manusia yang dapat dilihat manakala Tuhan merupakan sesuatu yang wujud tetapi tidak dapat dilihat.*     Repitasi
§  Pengulangan kata dalam baris yang sama.
§  Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,Tidak semulia hari Jumaat,Banyak nabi antara nabi,Tidak semulia Nabi Muhammad.*     Anafora
§  Pengulangan kata di awal baris.
§  Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat,
Banyak nabi antara nbi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
*     Responsi
§  Pengulangan kata di tengah ayat.
§  Berdasarkan pantun ;
Banyak hari antara hari,Tidak semulia hari Jumaat,Banyak nabi antara nabi,Tidak semulia Nabi Muhammad.




*     Inversi
§  Kata-kata yang diterbalikkan tidak mengikut tatabahasa.
§  Berdasarkan pantun ;
Rangkap 1“ Banyak hari antara hari “-sepatutnya antara banyak hari-hari“ banyak nabi antara nabi “-sepatutnya antara banyak-banyak hari·        Terdapat juga nilai-nilai dalam pantun di atas. Antaranya ialah :
a)      Nilai keimanan seseorang hamba kepda Allah.
Ø  Contoh :
Anak ayam turun sepuluh,Mati seekor tinggal sembilan,Bangun pagi sembahyang subuh,Minta ampun kepada Tuhan.Ø  Menunjukkan keimanan seseorang hamba kepada Allah dengan menunaikan solat subuh serta memohon ampun kepada Allah.
b)     Nilai kemuliaan.
Ø  Contoh :
Banyak hari antara hari,Tidak semulia hari Jumaat,Banyak nabi antara nabi,Tidak semulia Nabi Muhammad.Ø  Kemulian hari Jumaat berbanding hari-hari lain serta kemuliaan Nabi Muhammad di antara semua nabi.
·        Perasaan ketika membaca pantun ini ialah menimbulkan rasa keinsafan pada diri. Ini kerana pantun ini menerangkan betapa mulianya hari Jumaat berbanding hari lain serta diantara nabi-nabi,Nabi Muhammad merupakan nabi yang paling mulia. Selain itu,pantun ini memberi peringatan supaya kita menunaikan solat subuh seterusnya memohon ampun kepada Allah.

3 comments: